AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan mata wang asing bernilai kira-kira RM2.4 juta dalam satu operasi pemeriksaan di Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA Terminal 1, semalam.
AKPS dalam kenyataan memaklumkan, tangkapan dibuat pada antara jam 10.30 pagi hingga 1 petang semalam, melibatkan seorang lelaki warga asing yang tiba menaiki penerbangan Batik Air.
Jelas kenyataan itu, pemeriksaan melalui mesin pengimbas bagasi mendapati imej mencurigakan sebelum penumpang diarahkan ke Pejabat Operasi Kastam.
“Pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai mata wang asing disembunyikan dalam bungkusan pakaian baharu.
“Nilai rampasan dianggarkan hampir RM2.4 juta melibatkan pelbagai mata wang negara luar selain tiga beg bagasi, dua unit telefon bimbit dan sebuah beg pouch,” jelas kenyataan itu.
Baca juga: AKPS gagalkan cubaan seludup tanduk, tengkorak rusa di KLIA
Kenyataan itu menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 28, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).
Jelas kenyataan itu, suspek telah ditahan dan diserahkan kepada Bahagian Pencegah Kastam untuk siasatan serta tindakan lanjut.
AKPS KLIA turut menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara serta membanteras sebarang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di pintu masuk negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

