KPKM meterai MoU dengan PNBRI memperkukuh penyelidikan sektor agromakanan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PNB Research Institute Sdn. Berhad (PNBRI) untuk mewujudkan kerjasama dalam memperkukuh penyelidikan sektor agromakanan negara.

Majlis pemeteraian telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak, manakala PNBRI diwakili oleh Ketua Pengawai Eksekutifnya, Dr Sarena Che Omar.

Majlis turut disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Pemeteraian MoU ini akan membuka akses kepada data penting agromakanan negara daripada KPKM kepada PNBRI bagi tujuan analisis dan penyediaan pemahaman yang relevan mengenai sektor berkenaan di Malaysia.

Mohamad berkata, MoU ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memodenkan sektor pertanian, sekali gus melakar era baharu bagi perkongsian awam dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

“Kami percaya bahawa dengan kepakaran PNBRI dalam analisis data dan penyelidikan ekonomi, dapat memperkukuh usaha kerajaan untuk melonjakkan sektor agromakanan ke tahap yang lebih berdaya maju,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Baca artikel lain: Usaha kesan menantu Muhyiddin masih berjalan, dipercayai berada di Asia Barat

Sementara itu, Raja Arshad berkata, kolaborasi merupakan komitmen PNB dalam menyokong agenda pembangunan negara seperti ydigariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 khususnya dalam memperkukuh kesejahteraan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi inklusif.

Katanya, inisiatif ini juga seiring dengan GEAR-uP yang menyelaras usaha antara GLIC-GLIC dalam merangsang pertumbuhan sektor-sektor ekonomi utama negara.

“Melalui pendekatan kolaboratif ini, GLIC dan kerajaan menjalin kerjasama strategik bagi menghasilkan impak yang lebih besar, berteraskan penyelidikan dan keperluan semasa negara.

“Usaha ini diharapkan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi strategik berimpak tinggi yang mampu membawa perubahan nyata yang menyumbang kepada kemakmuran sosioekonomi negara,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This