Warga Bangladesh maut dihempap kren terbalik di Jalan Perak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG warga Bangladesh maut selepas dihempap sebuah kren jenis spider lift semasa menjalankan kerja-kerja pembaikan papan tanda bangunan di Jalan Perak, Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan, warga Bangladesh berusia 32 tahun itu merupakan pengendali kren berkenaan.

Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10.40 malam apabila mangsa mengendalikan kren berkenaan menggunakan alat kawalan jauh.

Bagaimanapun, Mohd Zamzuri berkata, kren tersebut dipercayai telah terlanggar tebing kaki lima sebelum hilang imbangan lalu terbalik.

“Akibat kejadian itu, mangsa dipercayai telah dihempap tren yang terbalik tersebut dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Jentera berat itu juga telah menghempap dua buah kenderaan yang berada berhampiran iaitu sebuah kereta jenis Proton Persona dan sebuah lagi kereta jenis BMW 523i,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Kelindan maut, treler muatan gula pasir terbalik nahas dengan lori dekat Slim River

Mengulas lanjut, Mohd Zamzuri memberitahu, pemandu dan penumpang bagi kedua-dua kenderaan itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Namun begitu, kedua-dua kenderaan tersebut mengalami kerosakan akibat insiden berkenaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti syarikat pemilik kren dan kontraktor terlibat serta semakan permit kebenaran kerja daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian juga sedang diperoleh bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Zamzuri turut meminta orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S Lee di talian 03-20719999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This