Komited bantu ‘pandaikan’ pelajar, Aster Edu kini fokus lahirkan usahawan tuisyen digital

Dari Penulis

Bukan mudah bagi sesebuah institusi pendidikan swasta untuk bertahan melebihi tempoh 10 tahun, namun bagi Aster Edu, sedekad perjalanan mereka bukan sekadar kelangsungan perniagaan, sebaliknya satu perjuangan memartabatkan akademik anak bangsa.

Memulakan langkah hanya dengan berbekalkan papan putih dan ‘marker pen’ di sebuah rumah kedai, Aster Edu kini melakar sejarah apabila berjaya membantu lebih 100,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Aster Edu, Shahrin Zikri Shahrizaman

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrin Zikri Shahrizaman berkata, pengiktirafan Excellence In Performance Award, The Titan Growth Award 2025 dan Years Of Service Award 2025 menerusi Key Leaders Awards 2025 menjadi bukti komitmen luar biasa apabila berjaya membantu murid mengubah gred akademik mereka sejak tahun 2021 menerusi kepakaran Math Expert.

“Kejayaan dan anugerah ini menjadi bukti bahawa kami sangat komited dalam membantu pelajar mengubah gred mata pelajaran. Industri pendidikan ialah satu perjuangan yang besar dan susah namun kami terus bertahan demi anak bangsa,” katanya.

Mengulas mengenai perjalanan syarikat, beliau berkata, titik tolak transformasi Aster Edu bermula pada 2021 apabila mereka beralih sepenuhnya daripada pembelajaran fizikal kepada model tuisyen dalam talian (online).

“Perjuangan dalam bidang pendidikan ini besar dan mencabar. Kami bertahan kerana tanggungjawab untuk melihat setiap pelajar meningkat dan mendapat keputusan ‘A’. Malah, kami memastikan 80 tenaga pengajar kami hanya fokus mengajar tanpa perlu memikirkan soal kutipan yuran. Guru tidak sepatutnya terlibat secara langsung dengan urusan duit,” katanya lagi.

Kini, Aster Edu tampil lebih kukuh dengan barisan guru berpangkat serta bekas pemeriksa Lembaga Peperiksaan, namun tetap mengekalkan yuran mampu milik serendah RM89 untuk empat subjek.

Pengasas bersama, Najmie Naharuddin

Menjelang 2026, Aster Edu memperluas sayapnya dengan menawarkan program lesen (licences) yang bertujuan membantu orang awam dan bakal usahawan membuka pusat tuisyen dalam talian sendiri.

Inisiatif ini bukan sahaja memfokuskan kepada kecemerlangan pelajar, malah menjadi platform perniagaan sedia ada yang meminimumkan risiko bagi usahawan digital.

Menerusi program perlesenan ini, pemegang lesen akan dibekalkan dengan sistem, modul serta kepakaran teknikal yang mantap, sekali gus meminimumkan risiko dalam memulakan perniagaan dalam sektor pendidikan digital.

Aster Edu menyedari bahawa murid khususnya daripada kalangan bangsa Melayu sering berdepan kesukaran dalam mata pelajaran Matematik. Justeru, platform guru pakar yang disediakan dilihat sebagai gerakan pendidikan berskala besar untuk mengubah persepsi tersebut.

“Anugerah yang kami terima hari ini adalah bukti komitmen kami terhadap dua entity iaitu membantu pelajar mengubah gred dan membantu golongan yang berminat untuk menceburi industri pendidikan digital secara berjemaah,” tambah beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This