Jana Kerja Malaysia sasar 2,000 peluang pekerjaan industri minya & gas

Dari Penulis

HANYA dengan 12 hari latihan asas, belia tempatan kini berpeluang membuka laluan kerjaya dalam industri minyak dan gas.

Is antara sektor berimpak tinggi yang sering dianggap sukar ditembusi.

Itulah keunikan inisiatif Jana Kerja Malaysia (JKM) sebuah platform pembangunan tenaga kerja yang menyasarkan 2,000 peluang pekerjaan kepada belia sepanjang tahun ini, sekali gus menepis persepsi bahawa industri minyak dan gas hanya untuk golongan berkelayakan tinggi.

Inisiatif berkenaan diterajui oleh Arena Edu Ventures Sdn. Bhd., yang baru-baru ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Blitz Training & Consultancy Sdn. Bhd. serta syarikat induknya, HRSB Holdings Sdn. Bhd., bagi memperkukuh pembangunan tenaga kerja tempatan.

Pengarahnya, Muhammad Faisal Suhaimi berkata, kriteria kemasukan yang ditetapkan adalah rendah dan bersifat inklusif.

“Calon hanya perlu boleh membaca dan mengira, sihat tubuh badan serta mempunyai minat. Mereka yang kurang cemerlang dalam SPM tidak seharusnya menganggap masa depan mereka gelap kerana industri ini menawarkan pasaran kerja yang sangat luas.

“Tahun lalu sahaja, hampir 90 peratus calon yang menyertai program latihan melalui Jana Kerja berjaya mendapat pekerjaan, termasuk 469 orang dalam bidang Scaffolding,” katanya.

Kerjasama strategik itu dilihat sebagai langkah awal bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir menjelang pelaksanaan beberapa projek turnaround dan shutdown berskala besar yang dijadualkan berlangsung sepanjang tahun ini.

Di bawah JKM, latihan tertumpu kepada beberapa bidang teknikal utama seperti Pipe Insulation, Scaffolding Erector dan Mechanical Fitter, selain beberapa bidang lain yang mencatat permintaan tinggi dalam industri.

Bagi tahun ini sahaja, industri memerlukan sekurang-kurangnya 150 pekerja Pipe Insulation, 800 Scaffolding dan 200 Mechanical, dengan peluang terbuka kepada belia berusia 18 hingga 30 tahun, termasuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mereka tanpa latar belakang akademik tinggi.

Menurut Pengurus Besar Blitz Training & Consultancy Sdn. Bhd., Zulfaizal Noordin, bidang Scaffolding hanya memerlukan 12 hari latihan asas yang diisi dengan modul teknikal intensif berteraskan keperluan sebenar industri.

“Calon akan melalui proses saringan awal termasuk ujian minat dan kesesuaian bagi memastikan hanya individu yang benar-benar bersedia dan berdisiplin dipilih. 

“Semua latihan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman yang datang terus dari industri.

“Selepas latihan asas, peserta akan memasuki fasa inkubator industri selama tiga bulan dalam persekitaran kerja sebenar. 

“Dalam tempoh ini, peserta dibayar gaji minimum sebelum penilaian dibuat bagi menentukan tahap kemahiran dan penempatan,” jelasnya.

Beliau berkata, tawaran gaji lebih tinggi akan diberikan selepas tempoh tersebut selaras dengan peningkatan pengalaman dan kecekapan. Malah, dalam jangka panjang, pendapatan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This