Sultan Sharafuddin tak berkenan penternakan babi di mana-mana daerah di Selangor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah dalam negeri itu.

Titah itu dinyatakan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Munir, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa penternakan babi boleh menyebabkan pencemaran udara dengan mengeluarkan bau busuk serta boleh mencemarkan sumber air sungai akibat pelepasan najis dan sisa kumbahan.

Mohamad Munir berkata, Sultan Selangor turut menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam yang menyatakan tidak bersetuju penternakan babi dibuat di kawasan yang dibantah oleh penduduk tempatan dan boleh menimbulkan kontroversi.

“Isu berkaitan ini juga telah dibincangkan oleh Perdana Menteri semasa menghadap Sultan Selangor pada 8 Februari.

“Sekiranya tiada kawasan yang bersesuaian untuk menternak babi di negeri Selangor khususnya maka saranan beliau (Perdana Menteri) agar ia tidak perlu dijalankan.

“Sebagai contoh, cadangan penternakan babi di Bukit Tagar dalam daerah Hulu Selangor yang merupakan kawasan pendudukan orang Melayu dan kawasan Felda pastinya menerima bantahan daripada penduduk Melayu di kawasan tersebut dan persekitarannya.

“Di samping itu, ia boleh mengakibatkan pencemaran kepada kawasan tadahan air dan juga sungai yang membekalkan sumber air bersih kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Mohamad Munir berkata, walaupun pencemaran udara dan sungai boleh diatasi dengan kaedah penternakan moden, ia memerlukan perbelanjaan besar dan tidak mungkin mampu dibiayai mana-mana pihak yang menternak hanya untuk bekalan daging babi di negeri ini.

“Tiada jaminan bahawa penternakan moden tidak akan menyebabkan pencemaran air di kawasan tadahan air serta sungai yang menjadi punca air bersih kepada penduduk di Lembah Klang. Selain itu, penternakan babi berskala besar atau kecil juga tidak sesuai dilaksanakan di Selangor kerana sumber tanah terhad.

Baca artikel lain: Selepas didesak, Selangor batalkan sementara projek ladang ternakan babi di Bukit Tagar

“Ditambah pula dengan faktor nilai hartanah yang tinggi di Selangor yang sewajarnya digunakan untuk tujuan yang lebih ekonomi dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat,” katanya.

Sultan Selangor sarankan kerajaan beri lesen pengimportan daging babi

Sementara itu, Mohamad Munir berkata, Sultan Selangor bertitah menyarankan supaya kerajaan dapat memberi lesen untuk pengimportan daging babi bagi menampung permintaan dan keperluan orang bukan Islam khususnya kaum Cina di Selangor sahaja.

Dengan kaedah itu, katanya, ia bukan sahaja dapat menyelesaika iu penternakan babi yang sudah lama berlaku, malah dalam masa sama, kerajaan negeri boleh mengoptimumkan penggunaan tanah negeri Selangor bagi tujuan lain seperti pembangunan dan penempatan.

“Sultan Selangor menegaskan agar isu penternakan babi ini dapat dihentikan dan dimuktamadkan kerana ia menimbulkan keresahan kepada semua pihak dan menjejaskan keamanan serta keharmonian masyarakat.

“Oleh itu, semua pihak diseru untuk menghormati titah baginda dan bersama-sama menjaga perpaduan dan keharmonian masyarakat di negeri Selangor,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This