TINDAKAN menurunkan khemah yang dipasang di atas laluan pejalan kaki oleh Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Jalan Bukit Bintang berhadapan Bangunan Yayasan Selangor, semalam, adalah selepas didapati melanggar peraturan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, pemeriksaan di lokasi mendapati berlaku pelanggaran peraturan membabitkan pemasangan khemah di laluan awam.
Jelas DBKL, laluan itu sepatutnya sentiasa bebas daripada sebarang halangan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran pergerakan orang ramai.
“Susulan itu, petugas DBKL hadir ke lokasi bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak yang terbabit.
“Bagaimanapun, selepas menunggu melebihi 30 minit, tiada wakil pihak berkenaan tampil untuk memberikan kerjasama atau penjelasan kepada petugas DBKL,” jelas DBKL.
Baca juga: Portal OSC DBKL perkukuh ketelusan dalam proses perancangan ibu negara
Sehubungan itu, DBKL memaklumkan pihaknya mengambil tindakan menurunkan khemah serta memindahkan bahan-bahan berkaitan untuk tujuan simpanan selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan kecil yang berkuat kuasa.
Sepanjang pelaksanaan tindakan tersebut, pihak yang bertanggungjawab masih tidak hadir untuk memberikan penjelasan.
DBKL turut menegaskan semua tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional, berhemah dan berlandaskan undang-undang bagi memastikan keselamatan awam, ketenteraman bandar serta kelancaran penggunaan ruang awam terus terpelihara demi kepentingan bersama warga kota.
Menurut kenyataan itu lagi, DBKL tidak pernah menghalang aktiviti dakwah di ruang awam, namun semua aktiviti hendaklah dilaksanakan mengikut proses dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Dalam masa terdekat, pihak pengurusan DBKL akan mengadakan perjumpaan dengan pihak MRM bagi mengadakan perbincangan konstruktif ke arah penyelesaian jangka panjang serta memastikan situasi seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

