‘Reset’ demi masa hadapan negara yang lebih jelas – Hamzah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

LANGKAH untuk melakukan ‘reset’ adalah langkah permulaan ke arah pembetulan dan penambahbaikan yang akan menjadi asas kepada pembinaan semula kekuatan kolektif, demi masa hadapan negara yang lebih jelas dan meyakinkan.

Itu penegasan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi perkongsian di Facebook beliau, hari ini.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang berkata, reset bukan sekadar slogan atau manifestasi sokongan kepada individu tertentu.

Reset bukan sekadar menoleh ke belakang dengan penyesalan, tetapi melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan.

“Kini, tanggungjawab terletak kepada seluruh sahabat seperjuangan tidak kira samada di Bahagian, di Dewan Undangan Negeri (DUN), di Parlimen, atau di setiap peringkat organisasi untuk menterjemahkan semangat reset kepada tindakan yang nyata.

“Kerana akhirnya, reset perlukan komitmen, amanah dan tanggungjawab yang ikhlas dan jujur. Reset demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Baca juga: Hamzah mengaku musuh nombor 1 Muhyiddin, tegaskan tidak akan buat rayuan

Jumaat lalu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, dipecat keahlian daripada Bersatu berkuat kuasa serta-merta selepas diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti.

Selain Hamzah, turut dipecat antaranya tiga Ahli Parlimen lain daripada Bersatu itu ialah Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Kapten Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).

Dua ADUN yang dipecat pula ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan ADUN Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub.

Sehari selepas pemecatannya itu, Hamzah menghadiri program Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik yang turut dihadiri 19 Ahli Parlimen daripada Bersatu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MIPP tetapkan hala tuju lepas mesyuarat MT PN

PARTI Rakyat India Malaysia (MIPP) akan membuat sebarang keputusan berkaitan hala tuju politik parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi...

More Articles Like This