MALAYSIA kekal bebas daripada penularan virus Nipah buat masa ini.
Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, DVS memberitahu, negara sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga serta berwaspada bagi mencegah sebarang risiko kemasukan dan penularan penyakit tersebut.
Katanya, ia susulan kejadian wabak penyakit Nipah yang dilaporkan berlaku melibatkan manusia di West Bengal, India.
Menurut DVS, sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap kesihatan haiwan dan pencegahan penyakit zoonotik, pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan berterusan dan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan.
DVS memaklumkan, ia bagi memastikan status bebas Nipah negara ini terus terpelihara.
“DVS menjalankan tindakan pemantauan secara berterusan melalui aktiviti survelan tahunan yang dijalankan dalam babi domestik dan babi hutan untuk pengesanan awal kewujudan penyakit.
“Pada tahun 2025, lebih daripada 2,000 sampel babi domestik dan 48 sampel babi hutan telah diuji dan semuanya menunjukkan keputusan negatif virus Nipah.
“DVS juga mengawal import daging babi dari luar negara yang mana hanya negara yang bebas Nipah sahaja dibenarkan eksport ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: KKM kukuh kesiapsiagaan di pintu masuk cegah penyakit Nipah
Mengulas lanjut, DVS memberitahu kelawar buah dikenalpasti sebagai perumah semula jadi virus Nipah manakala ternakan babi berperanan sebagai perumah pengganda.
Katanya, jangkitan dalam populasi babi boleh meningkatkan risiko penularan virus kepada manusia dan haiwan lain sekiranya langkah biosekuriti tidak dilaksanakan dengan berkesan.
Pada masa sama, DVS menegaskan langkah-langkah kesiapsiagaan dan pemantauan akan terus diperkukuh khususnya melalui pemantauan terhadap populasi kelawar buah yang dikenalpasti sebagai vektor semula jadi virus Nipah.
“Tanda-tanda klinikal penyakit Nipah pada babi yang dijangkiti boleh merangkumi gejala pernafasan seperti batuk, sesak nafas dan lelehan hidung serta demam, kelesuan dan kurang selera makan.
“Selain itu, ia melibatkan tanda-tanda saraf seperti pergerakan tidak terkoordinasi, tremor dan sawan serta kadar jangkitan yang tinggi dalam ladang walaupun kadar kematian mungkin rendah hingga sederhana,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

