“Tone suara macam Jamal Abdillah” – Apak Harry puji vokal Amar Amran dalam lagu raya terbaharu

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS mencuri tumpuan peminat seni tanah air menerusi kolaborasi bersama penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah pada tahun lalu, pengasas jenama fesyen terkenal Amar Amran nampaknya belum mahu berhenti daripada mewarnai industri muzik tempatan.

Tahun ini, sempena meraikan legasi emas 51 tahun dalam industri busana tradisi Melayu, Amar Amran tampil dengan naskhah terbaharu berjudul Raya Satu Hati.

Menariknya, kali ini dia mempertaruhkan gandingan bersama komposer Apak Harry Kapak atau nama sebenarnya Ahmad Sairi Haslan Muhammad Redzwan.

Bukan sekadar gimik pemasaran, kualiti vokal Amar Amran nampaknya mendapat pengiktirafan daripada Apak sendiri.

Menurut Apak, proses rakaman lagu bergenre pop etnik ini berjalan dengan sangat pantas kerana karakter vokal usahawan tersebut yang mempunyai “standard” tersendiri.

“Tentang range vokal dia, saya dah dapat ‘tangkap’ masa lagu pertama dulu (Raya Sehati Sedondon), sebab ‘tone’ Amar ni lebih kurang dengan ‘tone’ Jamal Abdillah.

“Sebagai komposer, saya sangat menitik beratkan bakat nyanyian dan suara. Kalau tak boleh menyanyi, macam mana nak buat lagu?,” katanya.

Tambah Apak lagi, keserasian yang sedia terjalin memudahkan proses di Studio MVM Music sehingga rakaman vokal hanya mengambil masa sekitar dua jam sahaja.

“Disebabkan kami pernah bekerjasama, jadi proses rakaman tidak mengambil masa yang lama.

“Kalau diikutkan, tak sampai seminggu untuk saya siapkan keseluruhan lagu Raya Satu Hati ini,” ujarnya.

Bagi Amar Amran, penghasilan lagu ini bukan sekadar pelengkap kempen raya, tetapi merupakan sebuah medium naratif yang menyatukan jiwa pelanggan setianya merentasi generasi.

 Lirik lagu yang mendapat sentuhan kolaborasi Ajim Maze ini turut menyelitkan elemen identiti jenamanya.

“Lagu Raya Satu Hati adalah sebuah karya istimewa yang menggabungkan semangat Aidilfitri, nilai kekeluargaan dan identiti gaya busana Melayu dalam satu naskhah muzik yang segar.

“Antara elemen unik dalam lirik termasuk gambaran gaya busana seperti cekak musang merah burgundy, simbol gaya klasik yang diberi nafas moden,” jelas Amar.

Dia turut menekankan bahawa raya bukan sekadar tentang pakaian baharu, tetapi tentang “rasa” kembali ke pangkuan keluarga dan momen bermaafan.

“Raya bukan hanya tentang pakaian, tetapi tentang rasa kembali, memaafkan dan menyatu.

“Lagu ini merangkumi perjalanan emosi Aidilfitri dan diterjemahkan seiring dengan gaya serta identiti busana kami tahun ini,” tambahnya lagi.

Pelancaran lagu ini turut menjadi “kick-off” kepada pengenalan Koleksi Raya Satu Hati 2026 yang cukup luar biasa. Amar Amran mempertaruhkan lebih daripada 1,000 SKU busana raya yang menekankan konsep sedondon dan pilihan warna berkarakter untuk seisi keluarga.

Lagu ini juga akan berfungsi sebagai runut bunyi (OST) rasmi bagi keseluruhan kempen pemasaran mereka, merangkumi filem pendek raya, pertunjukan fesyen, aktivasi butik, serta siri jelajah promosi di seluruh negara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This