UTUSANTV meneroka peluang menjalin hubungan lebih erat dengan platform digital Islam Capital A yang menawarkan penyelesaian umrah dan perjalanan mesra muslim, ikhlas.com.
Jalinan kerjasama itu dinyatakan dalam perbincangan antara Ketua Pengarang UtusanTV, Metra Syahril Mohamed dengan Ketua Komunikasi ikhlas.com, Diyana Rose Kamalludeen, hari ini.
Ia menjadi langkah awal merapatkan hubungan antara kedua-dua syarikat pada masa akan datang.
Pertemuan itu juga menonjolkan keperluan sinergi antara pihak media dengan ikhlas.com dalam usaha menyerlahkan usaha dan peranan dimainkan kepada komuniti.
Untuk rekod, UtusanTV kini menjadi media arus perdana nombor satu di laman media sosial TikTok, dengan jumlah pengikut setakat ini sebanyak 5.8 juta orang.
UtusanTV juga semakin mengukuhkan kedudukan di platform media sosial yang lain seperti Facebook (148,000 pengikut); Instagram (140,000 pengikut) dan Telegram (62,305 pengikut).
Dengan jumlah terkumpul pengikut di semua platform media sosial melebihi 6 juta, UtusanTV telah menjadi pilihan utama ramai pihak untuk mendapatkan berita terkini yang sahih dan tepat.
Ditubuhkan pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform digital Islam Capital A yang menawarkan penyelesaian Umrah dan perjalanan mesra muslim.
Platform tersebut juga menawarkan perkhidmatan patuh syariah seperti zakat, korban, aqiqah, sedekah dan fidyah.
Berteraskan prinsip amanah, ketelusan dan kecemerlangan perkhidmatan, ikhlas.com komited untuk mempermudah pelaksanaan kewajipan Islam serta perjalanan ibadah bagi umat Islam.

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

