Gempa bumi 6.5 landa Sumatera Utara, dirasai hingga ke Malaysia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SATU gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 dilaporkan telah melanda luar Pantai Barat Sumatera Utara pada pukul 12.56 tengah hari tadi.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran di Facebook.

Menurut MetMalaysia, gempa bumi kuat itu berlaku di koordinat 2.0 darjah utara dan 96.5 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Pada masa sama, katanya, gegaran turut dirasai di sekitar negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung dan kawasan sekitarnya.

“Gempa bumi kuat telah berlaku di luar Pantai Barat Sumatera Utara pada pukul 12.56 tengah hari, 3 Mac 2026.

“Kawasan gegaran itu berada pada jarak 112 km tenggara dari Simeulue, Indonesia.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam hantaran tersebut.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu, untuk mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/xbJD3PhHLATFYvzi9.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This