Semua yang pernah bersama UMNO diseru kembali ke pangkuan parti – Khaled Nordin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PENGERUSI Jawatankuasa Rumah Bangsa, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru menyeru semua pihak yang pernah bersama UMNO agar kembali ke pangkuan parti itu.

Mohamed Khaled berkata, seruan itu sejajar dengan keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuka ruang seluasnya untuk sesiapa sahaja yang telah meninggalkan UMNO untuk kembali ke pangkuan parti tersebut.

Jelas Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO, seruan tersebut wajar disambut dengan sikap terbuka oleh semua pihak.

Katanya, seruan itu lahir daripada kesedaran bahawa UMNO bukan sekadar sebuah pergerakan politik, tetapi adalah benteng terpenting kelangsungan bangsa Melayu.

“Sejak penubuhannya, UMNO berperanan sebagai wadah yang melindungi, memajukan dan menyatukan orang Melayu.

“UMNO adalah ‘rumah besar’ yang didirikan untuk melindungi dan memajukan bangsa. Ia bukan milik sesiapa secara peribadi, sebaliknya rumah untuk seluruh bangsa Melayu.

“Rumah ini telah lama menyediakan bumbung dan ruang untuk bangsa Melayu berteduh, berkehidupan dan membangun persaingan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, perselisihan yang berlaku dalam parti ada perkara biasa dan tidak sepatutnya dijadikan faktor untuk memusuhi antara satu sama lain.

Katanya, tiada mana-mana parti yang mampu menjadi pentas untuk orang Melayu bersatu-padu selain UMNO.

Beliau juga melihat hubungan UMNO dengan orang Melayu terlalu mendalam ‘bagai air yang dicincang tidak akan putus’.

“UMNO juga merupakan pelantar yang menghubungkan sebuah penjajahan
dengan sebuah kemerdekaan. Ia mengangkat sebuah bangsa daripada kemiskinan kepada bangsa yang sejahtera serta memuliakan Islam sebagai sebuah agama berkemajuan.

“Dalam segala kebaikan dan kekurangannya, UMNO tetap menjadi benteng
yang melindungi serta memelihara maruah bangsa.

“Rumah ini masih kukuh, bayunya masih seperti dahulu, dan hujan rintik terus dihias pelangi jua. Kami yang tertinggal masih merindui semua kenangan dahulu sebagai sebuah keluarga,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This