Dua lelaki terbabas rempuh rumah sebelum larikan diri dari polis di Kedah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DUA lelaki menaiki pacuan empat roda (4×4) terbabas dan merempuh sebuah rumah selepas dikejar pihak polis kerana dipercayai terlibat dengan kes curi kabel Telekom di Gerik, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kes curi kabel Telekom di kampung Star Kecil, Kerunai, Gerik kira-kira pada jam 9.52 malam.

Katanya, pada kira-kira jam 11.38 malam, anggota unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu telah berjaya mengesan suspek iaitu dua lelaki menggunakan 4×4 jenis Triton di persimpangan Taman 1 Malaysia dan terus mengejarnya.

Jelas beliau, MPV IPD Gerik telah memberi bantuan mengejar suspek yang menghala ke Jalan Gerik-Kupang sehingga ke kawasan Baling, Kedah.

“Semasa kejar mengejar salah seorang suspek bertindak membaling alat pemotong, paku dan kabel ke arah kenderaan MPV.

“Kemudian lebih kurang pukul 12.30 pagi tadi, kenderaan yang dipandu suspek telah terbabas dan melanggar sebuah rumah di Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah,” katanya.

Abdul Samad berkata, pemilik rumah tinggal bersama ibu kandung dan adik perempuan tidak mengalami kecederaan.

Katanya, maklumat daripada pemilik rumah menyatakan suspek dua lelaki terlibat melarikan selepas kejadian tersebut.

Menurut Abdul Samad, hasil risikan yang dijalankan pihak IPD gerik mendapati kenderaan yang digunakan oleh suspek adalah kenderaan sewa.

“Hasil pemeriksaan didalam kenderaan tersebut telah menemui 20 gulung kabel, satu unit telefon bimbit jenis Realme, tiga pemotong kabel dan satu pencungkil besi.

“Usaha mengesan kedua-dua suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kos PRN bukan untuk ‘dibahagi’ kepada rakyat, kata Reezal Merican

DAKWAAN bahawa kos penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diagihkan terus kepada rakyat disifatkan sebagai kenyataan populis yang...

More Articles Like This