Kereta terbakar selepas kemalangan babit tiga kenderaan, seorang lelaki maut 

Dari Penulis

SEORANG lelaki dilaporkan maut selepas kereta dipandunya terbakar susulan terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Lama Yong Peng-Ayer Hitam di Batu Pahat, malam tadi. 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Rafidi Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 11.38. 

Ekoran itu beliau memaklumkan seramai lima anggota bersama-sama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digegaskan ke lokasi kejadian.

Sejurus sampai di lokasi kejadian, Ahmad Rafidi berkata pihaknya mendapati kemalangan itu membabitkan tiga buah kereta masing-masing jenis Toyota Vios, Perodua Bezza dan Nissan Sentra yang melibatkan lima orang mangsa. 

Baca: Kereta bertembung jengkaut sebabkan bapa maut, 2 anak tiri cedera

“Akibat kemalangan tersebut Toyota Vios terbakar sebanyak 80 peratus. Seorang lelaki dewasa dalam kereta itu dikeluarkan oleh orang awam sebelum kereta tersebut terbakar.

“Bagaimanapun lelaki terbabut disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, seorang wanita berusia 33 tahun yang merupakan pemandu Perodua Bezza terselamat, manakala pemandu Nissan Sentra iaitu seorang lelaki berusia 65 tahun tersepit dan mengalami kecederaan. 

Beliau menambah, lelaki warga emas itu berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas manakala dua lagi lelaki yang merupakan penumpang kereta itu terselamat. 

“Mangsa yang mengalami kecederaan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau memberitahu, operasi menyelamatkan mangsa yang jaraknya 12 kilometer tamat pukul 1.48 pagi tadi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This