Demi konsert, Shila Amzah sambut Syawal di Shanghai

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DI saat umat Islam di tanah air sedang sibuk membuat persiapan akhir memahat memori di kampung halaman, lain pula ceritanya bagi penyanyi Shila Amzah.

Tuntutan kerjaya seni yang semakin memuncak di Negara Tembok Besar menyaksikan Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, terpaksa memilih haluan berbeza bagi sambutan Aidilfitri tahun ini. 

Buat julung kalinya, penyanyi lagu Masih Aku Cinta ini bakal meraikan 1 Syawal di Shanghai, China, demi menjayakan konsert solonya yang dijadualkan berlangsung esok.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Shila tidak berselindung mengakui bahawa dia kini sedang diselubungi perasaan gementar atau ‘panic mode’. 

Manakan tidak, ini merupakan pengalaman pertama dia membawa keluarga kecilnya termasuk suami tercinta, Ubai dan dua cahaya mata mereka untuk beraya jauh di perantauan.

“Sejujurnya, perasaan saya bercampur baur sekarang. Memikirkan ini adalah kali pertama kami sekeluarga akan menyambut hari raya di Shanghai, debarannya memang lain macam. 

“Dua minggu sebelum terbang ke China ini, saya cuba manfaatkan setiap saat bersama keluarga di sini sebagai bekalan emosi sebelum berangkat,” katanya.

Walaupun bakal berada beribu batu jauhnya dari tanah air, tradisi tetap tidak dilupakan. 

Shila mendedahkan bahawa dia tetap membawa bekalan baju kurung dan persalinan raya yang lengkap untuk seluruh ahli keluarganya bagi memastikan suasana lebaran tetap dirasai meskipun di bumi China.

“Baju raya memang wajib ada dalam bagasi. Saya mahu anak-anak rasa juga kemeriahan itu. 

“Tak sabar rasanya nak rakam momen kami sekeluarga sambil mengucapkan ‘Selamat Hari Raya dari perantauan’ buat semua peminat di Malaysia,” ujarnya.

Bagi mengubati kerinduan peminat, suaminya dikhabarkan akan merakamkan setiap detik perjalanan dan sambutan raya mereka di sana dalam bentuk vlog. 

Ini sudah pasti menjadi hadiah istimewa buat para pengikut mereka yang ingin melihat bagaimana suasana Aidilfitri diraikan di kota metropolitan Shanghai.

Kehadiran Shila di China bukanlah sesuatu yang asing. Selepas sukses menggegarkan pentas di Chengdu, Guangzhou, dan Nanjing menerusi siri jelajah konsertnya, Shanghai menjadi destinasi seterusnya bagi membuktikan popularitinya yang tidak pernah pudar.

Malah, rekod pencapaian Shila di sana cukup menggerunkan apabila lagu Mandarin nyanyiannya, Dao Shu Shui Ai Wo, berjaya mencatatkan angka penstriman luar biasa melebihi 800 juta kali. 

Ini sekaligus membuktikan kualiti vokal Shila tetap menjadi pujaan peminat di negara tembok besar itu.

Sama-sama kita doakan agar urusan konsert Shila di Shanghai berjalan lancar dan semoga sambutan raya mereka sekeluarga di sana penuh dengan kemanisan


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This