Kerajaan peruntuk RM100 juta atasi masalah 30 peratus bilik guru tak selesa – Fadhlina

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI menerusi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan menaik taraf bilik guru di seluruh negara.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi satu hantaran di media sosial miliknya.

Jelas beliau, usaha tersebut merupakan tanda keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang dialami oleh golongan pendidikan dalam memastikan mereka terus bersemangat untuk mengajar.

“RPM 2026-2035 menetapkan secara jelas usaha untuk meningkatkan aspek kesejahteraan guru.

“Prihatin terhadap keadaan lebih 30 peratus bilik guru di sekolah seluruh negara yang berada dalam keadaan tidak selesa, Kerajaan MADANI memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan naik taraf bilik guru.

“Inisiatif yang julung kali dilaksanakan ini bertujuan memenuhi keperluan dan keselesaan warga pendidik,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This