Cuti Raya Tak Bosan, Zoo Mini Jadi Destinasi Keluarga

Dari Penulis

FARM In The City, Seri Kembangan menjadi tumpuan orang ramai apabila ramai pengunjung mengambil kesempatan cuti Hari Raya Aidilfitri untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Zoo mini yang menempatkan pelbagai haiwan eksotik seperti savannah monitor lizard, burung blue and gold macaw, ring-tailed lemur, squirrel monkey dan dusky wallaby itu dilihat meriah dengan kehadiran pengunjung, khususnya kanak-kanak.

Seorang kanak-kanak teruja melihat seekor kura-kura gergasi Chelonoid ketika mengambil peluang cuti persekolahan sempena Hari Raya Aidilfitri di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Tinjauan mendapati pengunjung memanfaatkan Aidilfitri hari ke-9 dengan beriadah sambil mengenali dunia haiwan secara lebih dekat. Peluang berinteraksi dengan haiwan seperti alpaca, rakun, burung eksotik dan reptilia menjadi tarikan utama, apabila kanak-kanak dilihat teruja memberi makanan serta bergambar.

Suasana ceria jelas terpancar apabila ibu bapa membawa anak-anak menikmati pengalaman pembelajaran santai dalam persekitaran mesra pengunjung, sekali gus menjadikan zoo mini ini antara destinasi pilihan sepanjang musim perayaan.

Sebahagian pengunjung mengambil peluang cuti persekolahan sempena Hari Raya Aidilfitri bermain serta mengenali haiwan eksotik di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Seekor burung kakak tua “Blue and Yellow Macaw” antara burung yang menjadi tarikan kepada pengunjung di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Gelagat sekor monyet tupai mencuri perhatian pengunjung di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Pengunjung bermain dengan seekor “Ring Tailed Lemur” di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Suasana meriah apabila pengunjung mengambil kesempatan cuti Hari Raya Aidilfitri untuk beriadah bersama keluarga di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Pengunjung mengambil kesempatan mendukung seekor racoon di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Momen indah apabila pengunjung bergambar bersama haiwan di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Salah seorang pengunjung memegang seekor ular sawa ketika mengambil peluang cuti persekolahan sempena Hari Raya Aidilfitri di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Kawanan Ring Tailed Lemur yang terdapat di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Pengunjung mengambil kesempatan memberi makan seekor racoon di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Pengunjung meluangkan masa sempena cuti Hari Raya Aidilfitri dengan bermain dan mengenali haiwan eksotik di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid
Kanak-kanak kelihatan tetuja mendekati haiwan Savannah Monitor dalam suasana santai di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan
Salah seorang kanak-kanak bermain bersama haiwan jinak yang menjadi tarikan utama di Zoo Mini Farm In The City, Seri Kembangan, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

(GALERI) Keputusan rayuan kes Syed Saddiq ditangguh susulan hakim tidak sihat

Keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi empat pertuduhan membabitkan pecah...

More Articles Like This