Shapadu raikan Aidilfitri, hargai jasa warga kerja dalam majlis penuh kemeriahan

Dari Penulis

KUMPULAN Shapadu mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 200 pegawai serta kakitangan daripada pelbagai unit perniagaan.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Shapadu, Mohd Amin Abbas.

Ia juga diadakan bagi meraikan Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu, Khairul Azizi Ismail, yang diperkenalkan kepada warga kerja dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan.

Turut hadir sama pada majlis itu, Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Perkhidmatan Kumpulan, Asia Mohamed dan Ketua Pegawai Perakaunan dan Kewangan Kumpulan, Mastura Othman serta ketua-ketua unit perniagaan kumpulan Shapadu.

Dalam majlis sama, pihak syarikat turut mengambil kesempatan menghargai jasa dan sumbangan bekas kakitangan yang telah lama berkhidmat.

Antara yang diraikan ialah Filzah Othman yang menabur bakti selama 24 tahun, serta Mohd Karim Saad yang berkhidmat selama 43 tahun sejak 1984.

Pelbagai juadah disediakan oleh setiap unit perniagaan, selaras dengan tema ‘potluck’ yang diketengahkan.

Hidangan yang pelbagai mencerminkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan warga Shapadu.

Selain itu, kakitangan turut tidak melepaskan peluang merakam kenangan di sudut ‘photo booth’ Hari Raya serta memeriahkan suasana dengan dendangan lagu-lagu Aidilfitri.

Majlis yang diadakan bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan, malah menjadi platform menghargai sumbangan serta meraikan kepelbagaian dalam satu keluarga besar Shapadu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

(GALERI) Keputusan rayuan kes Syed Saddiq ditangguh susulan hakim tidak sihat

Keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi empat pertuduhan membabitkan pecah...

More Articles Like This