Isu NexG: Abu Hanifah bertanggungjawab beri maklumat penuh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Pegawai Eksekutif NexG Bhd, Datuk Abu Hanifah Noordin mempunyai tanggungjawab besar untuk memberikan maklumat penuh kepada lembaga pengarah syarikat itu susulan kemelut yang melanda NexG.

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pihak lembaga syarikat pula perlu memaklumkan kepada pemilik NexG iaitu pemegang saham terutama melibatkan isu perbelanjaan RM303.7 juta.

“Jika pemegang saham NexG mahukan penjelasan mengenai isu terkini syarikat tersebut, ahli lembaga pengarah termasuk CEO harus mengadakan sesi taklimat dan maklum balas bersama pemegang saham syarikat.

“Sebagai pemilik syarikat NexG, pemegang saham NexG boleh meminta lembaga pengarah syarikat untuk memberi penerangan tentang isu yang berlaku,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmed Razman memaklumkan, langkah supaya penjelasan berhubung isu NexG itu dilakukan bergantung kepada siapa yang meminta penjelasan.

“Lembaga pengarah kena beri penjelasan kepada pemegang taruhnya.

“Lembaga pengarah syarikat bertanggungjawab kepada pemilik syarikat dan pemegang taruhnya. Kalau pemegang taruh meminta penjelasan, lembaga pengarah kena beri penjelasan,” katanya.

Sebelum ini, Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menyifatkan Abu Hanifah dan individu yang berada dalam kedudukan kepimpinan tertinggi NexG wajib tampil memberi penjelasan telus, menyeluruh dan berfakta sepanjang tempoh perbelanjaan RM303.7 juta antara November 2024 hingga September 2025.

Ia susulan perkembangan terkini yang menyaksikan bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat itu, Victor Chin Boon Long yang dikatakan telah meninggalkan negara ketika siasatan sedang berjalan.

Presiden MCW, Jais Abdul Karim menegaskan, ketiadaan Victor Chin tidak boleh dan tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menangguhkan penjelasan kepada umum khususnya kepada pemegang saham dan pelabur.

Menurut Jais, jika benar Victor Chin telah meninggalkan negara, ia menimbulkan persoalan besar terhadap tahap pematuhan undang-undang, kawalan dalaman syarikat serta keberkesanan mekanisme pemantauan pihak berkuasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This