Eskayvie perkukuhkan cita-cita global, fokus fasa pertumbuhan

Dari Penulis

JENAMA kesihatan dan kesejahteraan halal terkemuka, Eskayvie, kini sedang mengorak langkah agresif untuk memperkukuh dominasi mereka bukan sahaja di peringkat tempatan, malah merentasi pasaran utama di Asia Tenggara.

Berbekalkan inovasi berasaskan sains, Eskayvie kini menyasarkan pengembangan ke negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja, Singapura, dan Brunei.

Menurut pengasasnya, Dr. Kartika Wati Mohamed, pemilihan pasaran ini dilakukan secara strategik memandangkan potensi pertumbuhan sektor kesihatan yang sangat kukuh di wilayah tersebut.

Tambahnya, ini adalah peluang terbaik untuk membina ekosistem keusahawanan yang mampan menerusi platform Eskayvie Nexus.

Ditemui pada majlis sidang media kerjasama Eskayvie bersama program realiti Talk To My Manager (TTMM) musim kedua, Dr. Kartika mendedahkan Indonesia kekal menjadi tumpuan utama kerana populasinya yang besar serta keserasian model perniagaan syarikat di sana.

“Dalam jangka masa pendek, Eskayvie mensasarkan pertumbuhan tahunan dua digit yang sangat teguh bagi memperkukuh pasaran teras kami di Malaysia, di samping memacu momentum di wilayah-wilayah serantau yang terpilih.

“Manakala untuk jangka masa sederhana pula, matlamat kami adalah untuk mencapai skala pendapatan sehingga ratusan juta ringgit, yang akan disokong oleh jejak langkah serantau yang lebih pelbagai,” katanya.

Matlamat akhir syarikat

Tegasnya, matlamat akhir syarikat bukanlah sekadar pengembangan yang terburu-buru, sebaliknya mahukan pertumbuhan yang mampan dan menguntungkan dengan mengimbangi pecutan pendapatan serta disiplin kos yang kukuh demi nilai jenama jangka panjang.

Bagi Pakar Formulasi Produk Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, kekuatan jenama ini terletak pada pendekatan sains yang mendalam terhadap keperluan tubuh manusia.

Setiap produk yang dihasilkan adalah hasil kerjasama bersama profesional bagi memastikan nutrien yang dibekalkan benar-benar relevan, terutamanya dalam menyokong perjalanan perkembangan harian kanak-kanak.

Bagi menyebarkan kesedaran ini, Eskayvie menggunakan ekosistem yang cukup komprehensif merangkumi radio, televisyen, papan iklan, serta kekuatan lebih 100,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh negara.

Paling mengujakan buat pelanggan setia, Eskayvie memperkenalkan kempen “Imbas & Menang” yang menawarkan hadiah lumayan bernilai sehingga RM300,000.

Lebih menggetarkan jiwa, hadiah utamanya adalah sebuah kenderaan elektrik (EV) Proton eMas 7!

Pemenang bakal dipilih setiap minggu merentasi 10 episod TTMM yang akan bersiaran secara langsung mulai 19 April ini sehingga 21 Jun depan.

“Kempen ini diperkenalkan sebagai tanda penghargaan tulus kami kepada ibu bapa dan pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap perjalanan pertumbuhan harian anak-anak mereka.

“Di sebalik ganjaran yang ditawarkan, kami ingin membawa mesej yang lebih mendalam bahawa setiap usaha kecil yang dilakukan hari ini adalah pelaburan yang sangat bermakna untuk masa depan generasi muda,” tambah pihak pengurusan Eskayvie.

Kerjasama strategik dengan TTMM Musim kedua dilihat sebagai platform terbaik untuk menyampaikan mesej kepentingan sokongan keluarga dalam memupuk potensi kanak-kanak.

Program yang bakal bersiaran langsung di Astro Ria pada pukul 9 malam itu bakal menyaksikan persaingan sengit antara gandingan ibu bapa dan anak selebriti seperti Datuk Seri Vida & Cik B, Adira & Anggrek, Datuk Fazley & Fariedz Fazley, Datuk A. Aida & Azeva, Linda Jasmine & Ratu dan ramai lagi gandingan ikonik tanah air!

Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menonton aksi kegemaran anda sambil berpeluang memenangi kereta EV idaman menerusi Eskayvie!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perbezaan jantina mangsa tidak seharusnya membezakan kes jenayah seksual kanak-kanak

Oleh : Dr Haezreena Begum Abdul Hamid KES melibatkan seorang guru wanita yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar...

More Articles Like This