Eskayvie sasar lahirkan 75 ribu pelajar cemerlang melalui Kempen Booster Minda

Dari Penulis

Menjadi pemangkin dalam melahirkan pelajar cemerlang, syarikat pengeluar produk kesihatan Eskayvie menerusi Kempen Booster Minda meraikan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023/2024 menerusi Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic. 

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri menyatakan menjadi tanggungjawab pihaknya menyediakan produk berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan prestasi dalam pelajaran.

“Silibus pembelajaran zaman sekarang yang semakin susah dan mencabar membuatkan anak-anak terpaksa bergelut dan memerlukan usaha 200% untuk memastikan mereka dapat skor dalam exam. Bayangkan jika anak anda berjaya meningkatkan keupayaan otak berkali ganda dengan pengambilan nutrisi yang berkesan seperti Phosphatidylserine. Ia adalah nutrisi utama yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi otak serta melindungi sel-sel otak akibat stres yang berlebihan.

“Eskayvie menghasilkan vitamin booster minda iaitu Eskayvie Mindtropic, diformulasikan menggunakan Phosphatidylserine yang dapat membantu menaikkan empat paras hormon utama iaitu Serotonin (mengawal mood dan emosi), Dopamine (meningkatkan motivasi dan positiviti), Norepinephrine (meningkatkan fokus dan kewaspadaan) dan Acetylcholine (memperbaiki kognitif dan memori), seterusnya menjadikan pelajar dan murid lebih bersemangat untuk belajar, lebih fokus dan Insya-Allah boleh perform dan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan,” katanya menerusi satu majlis yang diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri dan Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic kepada Batrisyia Mohd Nizam yang mendapat keputusan straight A’s dalam SPM

Menurut Dr Syid, kriteria pelajar cemerlang Eskayvie Mindtropic yang dipilih adalah berdasarkan dua kategori di mana kategori pertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM, kategori kedua adalah pelajar yang mencapai peningkatan gred di dalam Peperiksaan SPM berbanding Peperiksaan Percubaan SPM yang lepas. Pemilihan ini sejajar dengan usaha Eskayvie yang sentiasa komited dalam membantu meningkatkan tahap keupayaan minda pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.

Booster Minda, kempen terbaharu yang dilancarkan oleh Eskayvie merupakan satu inisiatif hebat bagi membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran menerusi Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior. 

Kempen ini menawarkan sokongan komprehensif menerusi tiga inisiatif utama iaitu yang pertama, pengambilan nutrisi yang seimbang bagi menyokong fungsi kognitif, yang kedua menyediakan sokongan pembelajaran dan yang ketiga menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran anak-anak yang lebih positif.

Sebahagian pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic dalam satu majlis yang diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed inisiatif ini bagi membantu para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

“Sebagai ibu bapa, kita tak sampai hati melihat anak-anak kita struggle. Melalui inisiatif yang telah disusun oleh Eskayvie, kita akan membantu para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Alhamdulillah Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior adalah solusi kepada kegusaran ibu bapa dan bantuan kepada murid dan pelajar untuk perkembangan minda mereka.

Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi menemuramah Siti Firzanah Mohd Shahrul Hafiz dan Moses Tariq Huzaimi Nor, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang straight A’s dalam SPM 2023/2024.

“Dengan wujudnya kempen Booster Minda ini, kami mensasarkan untuk lahirkan 75 ribu pelajar cemerlang. Insya-Allah lebih ramai masyarakat akan didedahkan tentang kepentingan pengambilan nutrisi melalui program kesedaran, pendidikan dan seminar-seminar yang akan diadakan dari semasa ke semasa. Saya berbangga dengan ibu bapa yang berikhtiar dengan Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior untuk menyokong pembelajaran anak-anak mereka,” katanya.

Majlis anugerah diserikan dengan kehadiran CEO Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed dan Duta Eskayvie, Datuk Aznil Haji Nawawi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This