Guru rempuh pelajar hingga maut dalam kawasan sekolah direman dua hari

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG guru yang dipercayai melanggar pelajar Tingkatan Satu, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin hingga maut dalam kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu direman selama dua hari.

Perintah tahanan reman ke atas wanita berusia 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Wan Mohd. I’zzat Wan Abdullah.

Guru berkenaan akan direman sehingga esok.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kejadian itu dilaksanakan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, guru tersebut yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di mahkamah pada pukul 8.40 pagi tadi.

Semalam, Nur Fatimatul Hawa maut di lokasi kejadian selepas dilanggar dalam kejadian yang berlaku dalam kawasan SMK Tanjung Mas.

Rakan mangsa yang turut dirempuh mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu (HRPZ II).

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri memaklumkan, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.50 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada pemandu kenderaan berkenaan tertekan pedal minyak.

Menurut beliau, ia mengakibatkan kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar dua pelajar berkenaan yang ketika itu sedang memakai kasut di hadapan surau sekolah berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Iriz dicari, lari selepas rempuh Kelisa hingga terbalik

POLIS sedang mengesan pemandu sebuah Proton Iriz yang dipercayai melarikan diri selepas terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan sebuah Perodua...

More Articles Like This