UtusanTV, Kementerian Perpaduan teroka jalinan kerjasama

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

UTUSANTV meneroka peluang menjalinkan kerjasama strategik dengan Kementerian Perpaduan bagi memperkukuh hubungan antara kedua-dua pihak.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarang UtusanTV, Metra Syahril Mohamed ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perpaduan, Dr S Shatesh Kumar, hari ini.

Kunjungan hormat itu digunakan Metra Syahril untuk berkongsi latar belakang dan produk yang ditawarkan UtusanTV.

Selain Shatesh Kumar, delegasi UtusanTV juga disambut mesra oleh Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Perpaduan, Fauziah Abdullah dan Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Perpaduan, Aiman Muzzammil Suhaimee.

Turut hadir, Penolong Pengarang Berita UtusanTV, Ahmad Afiq Syahmi Mohd Shah; Pengarang Majalah Saji, Rosmarlinda Kamarudin; Pengarang Wanita, Nurul Huda Zulkifli dan Pengarang Mastika, Fadhil Abdollah.

Antara yang dibincangkan termasuk peranan Kementerian Perpaduan dalam meningkatkan usaha baharu penyatupaduan untuk membina tapak integrasi bagi pengukuhan semangat muhibah dalam kalangan rakyat.

Perbincangan tersebut turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk menilai potensi kerjasama dalam aspek media, komunikasi dan pembangunan masyarakat.

Kunjungan itu juga adalah langkah awal ke arah menjalin hubungan lebih erat, sekali gus menyokong usaha memperkukuh agenda pembangunan ummah dalam negara.

Ia bukan sekadar pertemuan rasmi, tetapi mencerminkan keperluan sinergi antara media dan institusi sosial dalam membentuk masyarakat yang lebih berdaya tahan.

Dengan jumlah terkumpul pengikut di semua platform media sosial melebihi 6 juta, UtusanTV telah menjadi pilihan utama ramai pihak untuk mendapatkan berita terkini yang sahih dan tepat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This