Kementerian Perpaduan wujud 116 KRT Progresif jana ekonomi komuniti

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perpaduan Negara (KPN) menyasarkan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 116 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Progresif bagi menjana ekonomi komuniti di seluruh negara bermula April ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata KRT Progresif ialah inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga (RT) bertujuan mewujudkan penggerak komuniti yang mampu menjadi suri teladan kepada KRT lain dan akan dijalankan secara berfasa.

“Di seluruh negara terdapat 8,438 KRT, namun Kementerian Perpaduan akan memilih 116 KRT Progresif di setiap daerah yang mempunyai potensi dari segi ekonomi.

“Usaha ini adalah bertujuan merancakkan ekonomi dalam usaha memperkasakan KRT Progresif bertepatan dengan aspirasi Rukun Negara untuk membina masyarakat progresif,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Kompleks Perpaduan Jajahan Machang, hari ini.

Baca artikel lain: Laksa Sarawak jadi menu warisan simbol perpaduan di bumi kenyalang – Aaron Ago

Aaron berkata, KPN turut merancang pembinaan kompleks perpaduan di setiap negeri.

“Kompleks Perpaduan Jajahan Machang di Kelantan menjadi kompleks perpaduan pertama di negara ini, manakala di Perlis, pembinaannya mula dilaksanakan pada tahun ini dan dijangka siap pada pertengahan 2027,” katanya.

Beliau berkata perkara itu kini dalam peringkat pelaksanaan kertas kerja untuk diperhalusi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This