Pecah rekod 39 juta tontonan! drama Aku Pilih Pelangi cetus fenomena, Viu bagi diskaun 50% untuk peminat Watch From Home

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PLATFORM penstriman popular, Viu kini sedang hangat dengan fenomena luar biasa menerusi naskhah Original terbaharu Aku Pilih Pelangi

Sejak dilancarkan dua minggu lalu, drama yang menyentuh emosi ini berjaya mengekalkan kedudukan sebagai drama No. 1 di platform tersebut secara berturut-turut!

Bukan sekadar gah di aplikasi, impak drama ini turut menjalar ke media sosial apabila mencatatkan lebih daripada 39 juta tontonan di TikTok dan Meta. 

Ternyata, gandingan serasi Mira Filzah, Zahiril Adzim, bersama penyanyi rap Noki K-Clique berjaya mencuri hati penonton sehingga mencetuskan fenomena tular.

Kejayaan ini tidak lengkap tanpa muzik latar yang meruntuh jiwa. Lagu tema rasmi (OST) berjudul 1000 Kali Sakit nyanyian Mohsein Kush kini telah meraih lebih 1.4 juta tontonan di media sosial. 

Melodi yang hiba dan lirik yang mendalam nyata memberi ‘nyawa’ tambahan kepada setiap babak dalam drama tersebut.

Memahami trend semasa ramai yang kini Bekerja Dari Rumah (WFH), Viu mengambil langkah proaktif dengan melancarkan Kempen ‘Watch From Home’. 

Berita paling mengujakan, peminat kini boleh menikmati diskaun sebanyak 50 peratus untuk langganan bulanan Viu Premium bagi dua bulan pertama!

“Kami mahu meraikan kejayaan luar biasa Aku Pilih Pelangi bersama penonton. 

“Dengan kempen ini, anda bukan sahaja dapat menyokong inisiatif WFH kerajaan, malah dapat melayan kandungan kegemaran dalam kualiti HD tanpa sebarang gangguan iklan pada harga yang sangat berbaloi,” menurut Viu.

Jika anda buntu mencari drama untuk dilayan semasa waktu rehat atau selepas habis kerja, ini dia 10 cadangan terbaik untuk dimasukkan ke dalam watchlist:

  1. Aku Pilih Pelangi: Kisah isteri yang setia saat suami hilang penglihatan, namun diuji dengan kemunculan lelaki masa silam.
  2. Running Man: Rancangan realiti Korea yang tidak pernah membosankan. Gelak tawa dijamin!
  3. Phantom Lawyer: Unik! Kisah peguam yang boleh melihat hantu dan membantu klien dari alam barzakh.
  4. Climax: Dunia elit Korea yang penuh kekejaman, persaingan, dan perebutan kuasa.
  5. Cinta Ori: Antara populariti dan maruah diri. Kisah Nadia yang tular dan bertemu kembali dengan Aiman.
  6. Walid: Konflik berdarah antara pemimpin ajaran sesat yang berebut pengikut. Cukup mendebarkan!
  7. Hening Cinta: Jururawat muda yang menjadi sinar hidup mangsa kemalangan sebelum sejarah silam kembali menghantui.
  8. Taxi Driver 3: Kumpulan rahsia yang membalas dendam demi keadilan mangsa melalui perkhidmatan teksi samaran.
  9. Reverse: Dendam Myo-jin selepas kehilangan ingatan akibat satu letupan misteri.
  10. Whenever Possible Season 4: Aksi santai Yoo Jae-suk dan Yoo Yeon-seok bermain permainan bersama tetamu jemputan.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menaik taraf akaun Viu anda. Layari aplikasi Viu atau layari www.viu.com hari ini untuk mula melanggan. Jom kita “Watch From Home”!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This