TARIKH melihat anak bulan Zulhijah telah ditetapkan pada petang Ahad, 17 Mei depan bersamaan 29 Zulkaedah 1447 Hijrah.
Perkara itu dimaklumkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan, hari ini.
Menurut kenyataan itu, tarikh awal Zulhijah akan diisytiharkan pada sebelah malam 17 Mei melalui radio dan televisyen.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah ialah pada petang Ahad, 17 Mei 2026 bersamaan 29 Zulkaedah 1447 Hijrah.
“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Awal Zulhijah adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebanyak 29 lokasi telah ditetapkan untuk melihat anak bulan Zulhijah iaitu Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Balai Cerap Negeri Sembilan (MAINS); Baitul Hilal Bukit Melawati, Kuala Selangor dan Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang, manakala di Kedah, Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar.
Lokasi lain adalah Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
Di Kelantan, Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Stesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu.
Di Sarawak, Pusat Falak Miri, Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Pusat Falak Bintulu, manakala di Sabah membabitkan Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan.
Di Pahang, Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Stesen Cerapan Hilal Gunung Brinchang, Cameron Highlands; Menara 188, Kuantan, selain Menara Universiti Malaysia Sabah serta Kampus Antarabangsa Labuan.
Selain itu ialah Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis.

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

