Cetak pelapis media Islam era digital: TV AlHijrah lancar ASMI, sasar lahirkan pengacara & ‘Content Creator’ berintegriti

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

LANDSKAP penyiaran dan media digital tanah air bakal menyaksikan transformasi besar dalam melahirkan pelapis industri yang bukan sahaja kompeten, malah sarat dengan nilai-nilai murni.

Mengukuhkan lagi dominasinya sebagai pelopor kandungan patuh syariah, stesen televisyen TV AlHijrah secara rasmi meluncurkan Akademi Seni Media Islam (ASMI) baru-baru ini.

Inisiatif strategik yang dilancarkan di kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu disasarkan menjadi lubuk tarbiah dalam melahirkan generasi baharu penggiat industri media yang berdaya saing tinggi mendepani era digital yang serba mencabar.

Majlis pelancaran yang penuh prestij itu telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan. 

Acara penuh bermakna itu turut diserikan dengan kehadiran Pro-Canselor USIM, Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, bersama barisan kepimpinan tertinggi TV AlHijrah, wakil institusi pengajian tinggi, serta figura-figura penting industri kreatif negara.

Sebagai stesen televisyen Islam pertama di Malaysia, TV AlHijrah sentiasa konsisten memimpin naratif penyiaran berteraskan ilmu dan hikmah. 

Kehadiran ASMI secara tidak langsung memahat status stesen tersebut bukan lagi sekadar penyedia kandungan televisyen, tetapi bertindak sebagai sebuah institusi yang aktif mencorak masa depan ekosistem kreatif Muslim melalui platform pendidikan dan latihan industri.

ASMI dirangka khusus sebagai modul latihan taktikal yang memfokuskan kepada pembangunan bakat media dalam kalangan asatizah, pelajar menara gading, golongan belia, serta bakat-bakat baharu yang mempunyai potensi besar untuk menyinar.

Menariknya, para peserta tidak hanya disogok dengan teori penyiaran konvensional, sebaliknya bakal didedahkan kepada portfolio kemahiran yang menyeluruh demi memenuhi standard landskap media alaf baharu.

Antara silibus pengisian premium yang ditawarkan di ASMI termasuk:

  • Latihan Komunikasi Islam & Strategi Dakwah Moden
  • Penerbitan Kandungan Kreatif & Media Digital
  • Seni Pengacaraan (Hosting) & Personaliti Penyiaran
  • Kemahiran Penyampaian Berkesan Merentasi Platform Televisyen & Digital

Kolaborasi erat antara TV AlHijrah dan USIM itu menggabungkan dua kekuatan utama iaitu kepakaran praktikal industri serta teori akademia. 

Menerusi ekosistem pembelajaran menyeluruh ini, peserta bakal diasah dari segi kemahiran teknikal, pemikiran strategik, nilai kepimpinan, serta pemahaman mendalam tentang peranan dakwah dalam penyiaran moden.

Pelancaran akademi ini juga selari dengan visi global TV AlHijrah yang mahu terus menerajui pembikinan kandungan Islamik berimpak tinggi, sekali gus memperluas fungsi institusi media sebagai ejen pembinaan ummah dan pencetus perubahan positif dalam masyarakat.

Dengan komitmen padu yang ditunjukkan, stesen penyiaran ini meletakkan sasaran tinggi untuk menjadikan ASMI sebagai institusi rujukan utama bagi pembangunan bakat media Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat serantau. 

Langkah proaktif ini dijangka mampu meletakkan Malaysia sebagai pusat rujukan utama bagi media Islam yang progresif dan dinamik di Asia Tenggara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This