Gadis cantik kunjungi rumah kekasih berdinding buluh tarik perhatian

Dari Penulis


Kisah seorang gadis cantik yang tidak malu mengunjungi rumah kekasihnya yang hanya berdinding buluh menarik perhatian netizen Indonesia.

Melalui video yang dimuatkan oleh akaun TikTok @arifinho_, gadis cantik itu duduk santai di pangkin buluh di depan rumah kekasihnya itu.

Video juga memaparkan tilam, bantal dan sarung bantal dijemur di hadapan rumah. Turut kelihatan ialah beberapa helai pakaian yang disidai.

“Cewek (gadis) pertama yang mahu (sudi) diajak ke rumahku,” begitu tulis akaun @arifinho_ , seperti dilaporkan portal berita detik.com.

Gadis yang memakai baju berwarna coklat dan tudung hitam itu tersipu malu ketika videonya dirakam. Dia terus menutup wajahnya dengan pelitup muka.

Paparan video gadis yang dianggap merendah diri itu sehingga Rabu lalu telah ditonton lebih 8.2 juta, 694 tanda suka dan lebih 5,000 komen.

Ada netizen yang tidak percaya itu rumah kekasihnya namun mengagumi kesetiaan gadis cantik tersebut, biarpun kekasihnya hanya tinggal di rumah berdinding buluh.

Ketika dihubungi portal berita itu, pemilik akaun TikTok @arifinho_ mengaku memang dia tinggal di rumah berkenaan.

“Alasan saya mengajak dia ke rumah supaya dia mengetahui keadaan sebenar saya. Tak sangka pula (video itu tular),” kata Arifin.

Dia merakam video tersebut pada 25 Desember lalu di rumahnya di daerah Desa Banjar Tabulu, Sampang, Jawa Timur.

Gadis itu ialah Syarifatus Sadiyah atau Ifa, 22 merupakan pelajar jurusan pentadbiran awam Universiti Madura.

Mereka mula berkenalan ketika sama-sama mengikuti pertandingan Putra Putri Batik Sampang 2020.

“Kira-kira enam bulan lalu, saya adalah ahli jawatankuasa pertandingan itu. Kebetulan saya juga Putra Batik Sampang Favorit 2019. Dari situ saya kenal dia dan dia pula meraih Putri Batik Favorit Sampang 2020,” jelasnya.

Arifin, 23, berkata, sejak awal hubungan mereka lagi, dia sentiasa jujur mengenai keadaan keluarga dan rumahnya.

Sebelum ini, Arifin pernah melakukan perkara yang sama dengan bekas kekasihnya, tetapi belum sempat dia mengajak ke rumah, hubungan mereka terputus.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

HWC Coffee lancar kempen ConnectKL, sasar perkukuh hubungan komuniti di Lembah Klang

Dalam dunia yang semakin pantas dan dipenuhi pelbagai tuntutan kehidupan, ramai rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di hadapan...

More Articles Like This