Semakin lama si kecil terdedah dengan gajet, semakin tinggi risiko terkena speech delay.

0
69

Nampak mudah menjaga anak kecil zaman sekarang, apabila ibu bapa sibuk dengan tugasan, gajet akan menjadi peneman. Si kecil menangis, hulur sahaja gajet. Waktu nak makan, gajet lagi menjadi penyelamat. Confirm si kecil akan diam dan tidak merengek lagi. Bolehlah tarik nafas lega dan buat kerja dengan aman kan?

Namun menurut pakar perubatan, Dr Ahmad Luqman Bukhari, penggunaan gajet berlebihan seperti telefon pintar dan televisyen akan mengganggu proses perkembangan anak-anak terutamanya si kecil di bawah dua tahun.

Jelasnya, walaupun ada kalanya ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak, namun gangguan bunyi bising daripada televisyen dan telefon menyebabkan anak sukar fokus dan menyebabkan skill bercakap terbantut.

Semakin lama si kecil terdedah dengan gajet, semakin tinggi risiko terkena speech delay.

“Kesiannya kat si kecil tu. Rupa-rupanya dia tak mahir langsung nak bercakap (speech delay) sebab banyak sangat gangguan dekat rumah.

“TV terbuka sepanjang masa.

“Mak ayah pun asyik hulur gajet je kerjanya.

“Aduh, sedihnya.

“Macam ni kawan-kawan.

“Si kecil kita tu terutama yang umurnya bawah setahun, otaknya hebat sangat. Automatik je akan serap semua jenis ransangan bunyi yang dia dengar.

“Walaupun kita rasa kita dah selalu berkomunikasi, bercakap, buat bunyi-bunyian, menyanyi dengan si comel tu untuk bantu dia mahir bercakap, tetap bunyi background TV tadi buatkan fokus dia jadi kacau bilau dan tak dapat nak bezakan bunyi mana yang patut didengar dan bunyi mana yang tak patut (auditory filtering).

“Akhirnya proses perkembangan skill bercakap tu pun jadi lambat.

“Sebab tu saya setuju sangat dengan nasihat daripada American Academy of Paediatric. Kalau boleh si comel kita yang berusia bawah 2 tahun, tolong jangan dedahkan langsung pada gajet.

“Memang efeknya jadi sangat buruk pada perkembangan speech dan language anak kita tu.

“Tak percaya tengoklah kajian yang dilakukan oleh team yang diketuai Dr Catherine Birken. Dr Chatherine ni sebenarnya ialah doktor pakar kanak-kanak dan jugak saintis di The Hospital for Sick Children di Canada.

“Mereka ada kumpulkan data yang daripada 894 anak kecil berumur antara 6 bulan hingga 2 tahun dan rupa-rupanya memang confirm, bila makin lama anak terdedah pada penggunaan gadget, makin tinggi risiko terkena speech delay.

“Bukan tu je. Setiap 30 minit si comel terdedah dengan gadget akan meningkatkan 49% risiko lewat bercakap (expressive speech delay)!

“Sebab tu kena cek betul-betul ‘polisi’ penggunaan gajet dan tv dekat rumah kita tu. Tak nak lah anak kesayangan kita pun jadi mangsa speech delay ni disebabkan kelalaian kita.

“Bila perkembangan bahasa terhad, si kecil tu tak akan pandai nak beritahu kita apa yang dia inginkan. Tu yang akhirnya anak jadi mudah tantrum dan asyik mengamuk je memanjang.

“Tak pasal-pasal kita pun sakit kepala. Padahal ‘polisi’ tak betul dalam rumah kita tu lah punca asalnya.

“Tolong ye. Beritahu jugak info mahal ni pada ahli keluarga kita yang lain.

“Dr Ahmad Luqman Bukhari .

“P/S: Jom sertai channel Telegram Dr ALB. Ada lebih 35 ribu mak ayah duk belajar ilmu kesihatan anak kecil dan tips parenting yang super best kat dalam tu. Klik je kat sini ye 👉 https://t.me/NotaALB .

#notaDrALB,” kongsinya.

Sumber : Facebook Ahmad Luqman Bukhari