KUALA LUMPUR – Pelakon Shima Anuar mengesahkan dirinya positif wabak Covid-19.
Shima atau Noor Hashimah Anuar berkongsi berita tersebut di laman sosial Instagram miliknya.
“Ini benar-benar melukakan hati saya. Saya tak ada kontak rapat dengan siapa-siapa yang kena Covid-19. Buat ujian calitan (swab test), sebab hari Jumaat baru ini tiba-tiba rasa susah nak nafas dan sakit kepala.
“Beritahu suami, dia cakap mungkin sebab saya tak makan lagi dan mungkin sebab perut masuk angin. Jadi, lepas dah makan, semua dah okeylah.
“Tapi saya cakap juga dengan suami, saya nak buat juga ujian calitan untuk langkah berjaga-jaga sebab kes makin hari makin banyak. Ia boleh berada di mana sahaja,” tulisnya.

Menurut pelakon Cinta Si Wedding Planner itu lagi, dia telah hadir ke klinik swasta untuk membuat ujian calitan pada Sabtu lalu dan disahkan positif pada keesokan harinya.
“Suami saya pun buat ujian calitan pada Ahad dan keputusannya negatif. Hanya saya seorang sahaja yang positif sekarang ini.
“Tak tahu nak cakap perasaan ini macam mana. Dalam kepala fikir anak sahaja sekarang ini. Mereka semua dah pergi buat ujian pagi tadi. Harap, anak-anak saya selamat daripada Covid-19. Doakan kami,” katanya.
Dalam pada itu, Shima,29, turut menyarankan kepada sesiapa yang ada berjumpa dengannya sebelum ini untuk membuat ujian calitan.
“Siapa yang ada jumpa denga saya, minta sama-sama buat ujian calitan juga okey? Sekarang saya tengah tunggu panggilan telefon daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Tapi dari semalam lagi memang dah kuarantin duduk bilik bawah dan tak keluar pun,” jelasnya lagi.
Jom ikuti channel Telegram UtusanTV untuk tidak terlepas berita terkini dan sensasi

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

