Kerajaan terus pertahan jaminan simpanan pendeposit Tabung Haji

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.Zulkifli Mohamad al Bakri menegaskan, jaminan kerajaan kepada simpanan lebih 9 juta pendeposit Tabung Haji tetap terus dipertahankan.

Sehubungan itu beliau menafikan laporan yang menyatakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahu memansuhkan jaminan ke atas simpanan tersebut.

‘’Perbincangan semalam hanya seputar isu-isu penstrukturan semula (structural reform) yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi khususnya bagi manfaat para pendeposit Tabung Haji. Kerisauan yang dibangkitkan oleh segelintir pihak berkenaan adalah di luar fokus perbincangan (bersama Menteri Kewangan) semalam,’’ katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook.

Mengulas lanjut melalui kenyataan itu, Dr.Zulkifli berkata, sebagaimana umum sedia maklum, prestasi cemerlang Tabung Haji sejak peralihan Kerajaan berjaya membuktikan kestabilan tadbir urus agensi berkenaan.

‘’Ini dapat dibuktikan antaranya menerusi pembelian Menara VSQ1 daripada Bukit Damansara Development Sdn. Bhd. [bit.ly/VSQ1TH], dan jumlah deposit sebanyak RM75.9 billion sehingga 30 Disember 2020.

”Kita berada di landasan yang betul dan dengan sokongan umat Islam di Malaysia, amanah umat Islam untuk melihat Tabung Haji terus menapak ke hadapan akan dijunjung setingginya,’’ katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Perkukuh keyakinan rakyat: ATM laksanakan pelan PTPR

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan Pelan Tindakan Pembanterasan Rasuah (PTPR) ATM 2026-2030 bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi...

More Articles Like This