Mufti minta masjid sediakan ruang khas untuk ‘abang Grab’ solat

Dari Penulis

PULAU PINANG – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta pengurusan masjid dan surau di negeri itu agar menyediakan ruang khusus bagi memudahkan para musafir, pemandu teksi dan penghantar makanan menunaikan solat fardu.

Memetik laporan Bernama.com, Wan Salim berkata ini kerana sepanjang PKP, masjid dan surau ditutup kepada umum sekali gus menyukarkan golongan tersebut yang sentiasa bergerak, menunaikan solat.

“Saya telah berbincang dengan Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau di Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk tujuan ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengambil inisiatif menyediakan ruang khas solat bagi pemandu teksi, pemandu e-hailing, penghantar makanan dan musafir ketika PKP.

Wan Salim turut menasihati umat Islam agar tidak mempertikaikan arahan pihak berkuasa yang melarang masyarakat beribadat di masjid dan surau ketika PKP memandangkan keputusan itu dibuat demi keselamatan diri dan keluarga masing-masing.

“Para ulama berwibawa di seluruh dunia telah bersetuju tentang hukum harus, malah wajib ke atas setiap individu Muslim berikhtiar untuk menghindari jangkitan wabak walaupun dengan tidak menghadiri buat sementara solat berjemaah di masjid, termasuk solat Jumaat,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This