Gantung Perlembagaan tidak bantu pulihkan pandemik – Mohamad

Dari Penulis


KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hanya memperbaiki strategi kesihatan, mempertingkatkan kawalan penyakit seperti pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menyegerakan immunisasi akan memulihkan Malaysia daripada pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan pandemik ini.

‘’UMNO akan menyokong segala usaha kerajaan membasmi wabak ini. Pendirian ini tiada tawar menawar tetapi UMNO juga akan berusaha sedaya upaya memulihkan semula demokrasi dan mengembalikan semula fungsi Perlembagaan.

”Malaysia adalah demokrasi yang berjaya. Malah ia adalah teladan negara demokratik yang terbaik dalam kalangan negara Islam,’’ katanya dalam kenyataan melalui Facebook, hari ini.

Mohamad berkata, demokrasi Malaysia tidak boleh dikalahkan oleh pandemik atau apa jua cabaran yang melanda negara ini.

‘’Dan ia akan terus menjadi negara hukum dengan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan pedomannya,’’ tegas beliau.

Beliau menyifatkan, Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat ‘unprecedented’ dalam sejarahnya.

‘’Pandemik yang semakin menular, ekonomi yang merudum, negara diisytiharkan dalam darurat, Perlembagaan digantung dan parlimen tidak berfungsi.

‘’Keputusan Kerajaan dalam mengisytiharkan darurat ini, kita akur, hanya setakat untuk memastikan pandemik ini terkawal. (Tetapi) Alangkah baik jika kerajaan mengisytiharkan “the state of Health Emergency” dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut,’’ katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This