Imam Masjid Negeri Shah Alam dijangkiti COVID-19

Dari Penulis

SHAH ALAM- Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya, ahli keluarga beliau  yang turut positif virus tersebut dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya sebelum ini disahkan positif jangkitan tersebut.

Seperti dilapor Bernama.com, Abdul Karim berkata, antara gejala yang dialaminya sebelum disahkan positif COVID-19 ialah sukar bernafas selain batuk yang kering.

Sehubungan itu beliau menasihati umat Islam agar tidak mengambil mudah penularan pandemik tersebut serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Perkongsian beliau mendapat perhatian Menteri  di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mendoakan Abdul Karim segera sembuh dan sihat daripada COVID-19, melalui video yang dimuat naik menerusi Instagram beliau hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis kesan lelaki ceroboh kawasan rumah di Taman Puchong Prima

POLIS sedang mengesan dan mengenal pasti seorang lelaki tidak dikenali yang disyaki telah menceroboh kawasan belakang sebuah rumah di...

More Articles Like This