Kisah biawak beriman dengan Nabi s.a.w.

Dari Penulis

Dikatakan dalam kitab al-Bidayah wa an-Nihayah terdapat satu kisah yang disampaikan daripada Saidina Umar r.a. Satu hari Baginda s.a.w. sedang berjalan bersama sekumpulan para sahabat.

Tiba-tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim bertemu dengan Baginda s.a.w. sambil membawa bersamanya seekor biawak padang pasir yang telah ditangkap dan bercadang untuk dibakar dan dimakan.

Di berkata, “Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih aku benci daripada kamu wahai Muhammad. Jikalau tidak kerana aku ingin bersegera pulang, tentulah aku sudah memenggal kepala engkau lalu aku dapat menggembirakan hati aku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya

Nabi s.a.w. kemudian berkata,

“Apa yang menyebabkan engkau berkata demikian? Sepatutnya engkau menghormati aku dalam perhimpunan bersama sahabat aku

Arab Badwi itu tidak mengalah, bahkan berkata,

“Demi tuhan Lata dan Uzza, aku tidak akan beriman kepada engkau wahai Muhammad sehingga biawak ini beriman kepada kamu” sambil mengeluarkan biawak itu dan melemparkannya ke hadapan Nabi s.a.w.

Nabi s.a.w. memanggil biawak itu. Dengan takdir Allah kedengaran biawak itu menjawab dalam bahasa Arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir, “Ya! wahai Nabi s.a.w.”

Nabi bertanya, “Kepada siapakah engkau beriman?”

Jawab biawak, “Aku beriman kepada Tuhan yang dilangit itu Arasy-Nya. Di bumi itu kekuasaan-Nya, di lautan itu jalan-Nya, di syurga itu rahmat-Nya dan dalam neraka itu azab-Nya.”

Kemudian Nabi bertanya lagi, “Siapakah aku ini wahai biawak?”

Jawab biawak, “Engkau adalah utusan Allah yang memiliki sekalian alam. Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuanganmu dan binasalah orang yang mendustakanmu.”

Mendengar kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu lantas berkata,

“Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau adalah orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapa aku sendiri dan diriku sendiri. Engkau amat aku kasihi zahir dan batin.”

Kemudian biawak itu mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir.

Kisah di atas juga diceritakan oleh Imam al-Baihaqi dalam kitab Dalail an-Nubuwwah dan kitab Jami’ al-Hadith oleh Imam as-Suyuthi. Adapun kisah ini sebenarnya adalah kisah-kisah palsu yang disandarkan kepada Nabi menurut Ibnu Dahiyyah.

Imam Ibnu az-Zahabi dalam kitab al-Mizan juga menyatakan bahawa ini kisah yang batil. Manakala Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitab Talkhis al-Khabir mengganggap sanad hadis pada kisah ini lemah.

Jadi bagi kita yang pernah mendengar hadis tentang kisah ini, ia adalah berstatus palsu. Walaupun mengandungi sisi pengajaran yang baik, namun ia tetap tidak boleh disandarkan kepada Nabi s.a.w.           


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This