Iblis meraung kerana surah ini

Dari Penulis

Sewaktu surah al-Fatihah diturunkan, maka iblis laknatullah menangis dan meraung-raung kerana keagungan surah ini. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.

“ketika surah al-Fatihah diturunkan iblis menangis dan meraung-raung”.

Dalam hadis yang lain Abu Hurarirah r.a. turut berkata, “Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,

“ummu al-Quran adalah tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan merupakan intisari daripada al-Quran yang agung”.

Bahkan ia juga merupakan surah yang paling utama dalam al-Quran. Diriwayatkan dari Anas,

“Dalam satu perjalanan, Baginda s.a.w. singgah di suatu tempat. Kemudian seseorang menyertai Baginda di sampingnya. Baginda pun menoleh ke arahnya dan bersabda,

“mahukah kamu aku beritahu surah yang paling utama dalam al-Quran? Kemudian Baginda membacakan “Alhamdulillahi Rabbil A’lamin”

Adapun al-Fatihah merupakan bacaan yang wajib dibaca ketika solat. Tidak sempurna dan tidak sah solat jika tidak membaca al-Fatihah. Diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Amru Ibn Ash, bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. menyampaikan khutbah di hadapan orang ramai dan bersabda,

“Barangsiapa yang menunaikan solat wajib, maka hendaklah dia membaca ummu al-Quran dan al-Quran bersamanya. Manakala dia selesai membaca ummu al-Quran maka telah sempurna solatnya. Sedangkan orang yang bersolat bersama imam hendaklah dia membaca manakala imam diam. Barang siapa yang menunaikan solat dengan tidak membaca al-Fatihah maka solatnya tidak sempurna, solatnya tidak sempurna, solatnya tidak sempurna”.

Ketika imam selesai membaca al-Fatihah maka makmun disunatkan mengucapkan “amin”. Menurut Abu Hurairah r.a. bahawa Baginda s.a.w. bersabda,

“apabila imam mengucapkan, “Ghairil maghdu bi a’laihim, waladh dhallin” maka ucapkanlah amin. Barang siapa yang ucapan aminnya bersamaan dengan ucapan amin malaikat, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan”.

Itu kerana dengan ucapan amin bermaksud Allah mencintai kita. Abu Musa al-Asyari menyatakan bahawa Baginda s.a.w. bersabda,

“apabila imam mengucapkan “Ghairil maghdu bi a’laihim, waladh dhallin” maka ucapkanlah amin, nescaya Allah s.w.t. akan mencintai kamu semua”.

Dan menjadi sunnah menguatkan suara ketika mengucapkan amin kerana Wail ibn Hujr berkata, aku mendengar Baginda s.a.w. membaca “Waladh dhallin” lalu Baginda mengucapkan amin dengan menguatkan suaranya”.          


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This