Tatap foto gadis berbaju hitam ini. Gadis ini cantik, berkulit putih dan berambut pendek. Daripada segi fizikal, gadis ini kelihatan masih muda.

Tetapi, lihat pula pada raut wajahnya. Bagai ada sesuatu yang disembunyikan di sebalik air mukanya. Anak mata yang lemah menggambarkan perasaan yang bersarang dalam benaknya. Ketakutan, celaru dan perasaan ‘tidak rela diperlakukan sebegitu’ jelas terpancar melalui anak mata gadis ini. Sementara kedua-dua belah tangannya mengacung ke hadapan seperti mahu menahan sesuatu. Jelas, di hadapannya ada sesuatu yang mengganggu.

Foto terakhir sebelum gadis ini dibunuh.

Siapa gadis dalam foto ini? Apa sebenarnya yang berlaku?

Gadis berbaju hitam ini bernama Regina Kay Walters. Ketika potret ini diambil, Regina baru berusia 14 tahun. Ia adalah foto terakhir Regina yang dipotret sejurus sebelum dia dibunuh. Gadis ini merupakan salah seorang mangsa korban pembunuh bersiri di Amerika Syarikat.

Pembunuhnya adalah lelaki bernama Robert Ben Rhoades. Lelaki ini merupakan seorang pembunuh psiko yang memandu trak 18 tayar untuk melakukan pembunuhan di beberapa lokasi sekitar Amerika. Di dalam trak tersebut dia menyimpan pelbagai peralatan penyeksaan untuk membunuh mangsa.

Robert Ron Rhoades.

Lori penyeksaan itu cukup lengkap serba-serbi. Ada tilam untuk tidur, ada cangkuk pada dinding untuk mengikat mangsa.

Rhoades turut menyimpan sebuah beg bimbit yang dianggap seperti kit membunuh. Antara peralatan yang terdapat  dalam beg bimbit itu ialah cemeti, jarum, gari, cangkuk besi, kalung anjing, klip buaya dan beberapa peralatan tajam lain.

Sebelum membunuh, Rhoades akan merogol dan menyeksa mangsa-mangsanya terlebih dahulu dalam tempoh dua hingga tiga minggu, dan kemudian memotret foto mereka.

Dalam kes Regina Kay Walters ini, gambar gadis tersebut telah diambil di sebuah bangsal usang di Illinios.

Sebelum gadis itu dibunuh, rambutnya telah dipotong dan Regina dipaksa mengenakan gaun hitam berserta kasut tumit tinggi. Setelah potretnya diambil, leher Regina telah dijerut menggunakan kabel tembaga. Mayatnya telah ditinggalkan di bangsal berkenaan dalam keadaan yang mengerikan. Kemaluannya dikelar dan tubuhnya dicangkuk dengan mata kail. Kes ini berlaku pada Februari 1990.

Foto terakhir Regina sebelum dia dibunuh kejam.