Arghhh! Aku tertembak diri sendiri

Dari Penulis

Clement Vallandigham merupakan bekas ahli kongres Amerika Syarikat. Sepanjang tempoh perkhidmatannya di Dewan Perwakilan pada 1853 sehingga 1863, Vallandigham sering mengkritik dasar dan tindakan Presiden Abraham Lincoln.

Malah, Vallandigham pernah cuba membentuk Persekutuan Barat Laut (Northwest Confederacy) yang merangkumi Ohio, Kentucky, Indiana dan Illinois, tetapi usaha itu gagal mendapat sokongan.

Vallandigham kemudian bersara daripada politik, pulang ke Ohio dan meneruskan kariernya sebagai peguam.

Clement Vallandigham.

Pada Julai 1871, Vallandigham menjadi peguam bela kepada Thomas McGehan yang dituduh membunuh seorang lelaki bernama Tom Myers, dalam satu pergelutan.

Suatu hari selepas perbicaraan di mahkamah, Vallandigham cuba menguji kaedah pembelaannya yang mencadangkan bahawa McGehan sebenarnya tidak menembak Myers. Sebaliknya, Myers secara tidak sengaja telah tertembak dirinya sendiri sewaktu mengeluarkan pistol berkenaan dari poketnya.

Selepas mengujinya dengan melakukan beberapa kali tembakan, Vallandigham bersama beberapa orang kawannya pulang ke hotel.

“Val, ada tiga butir lagi peluru dalam pistol kau. Elok kau keluarkan,” kata seorang kawannya.

“Kenapa pulak?” soal Vallandigham.

“Untuk mengelakkan kemalangan. Bahaya, kau boleh tertembak diri kau sendiri.”

“Alah, tak bahayalah. Aku dah biasa bawa pistol yang ada peluru, di dalam poket,” jawab Vallandigham.

Di hotel, Vallandigham meletakkan pistol yang berisi peluru tadi di atas meja di sebelah sebuah lagi pistol yang tidak diisi peluru. Pistol kedua itu telah digunakan semasa perbicaraan di mahkamah.

Valllandigham kemudian sekali lagi menunjukkan kepada kawan-kawannya bagaimana Myers mungkin secara tidak sengaja telah tertembak dirinya sendiri sewaktu mengeluarkan pistol tersebut dari poketnya.

Tapi akibat terlalai, Vallandigham secara tidak sengaja telah terambil pistol yang berisi peluru, masukkan ke dalam poket, kemudian keluarkannya dan menghalakan muncung ke arah perutnya.

“Macam inilah cara Myers pegang pistolnya,” kata Vallandigham dan kemudian jari telunjuknya menyentuh picu pistol.

BANNGGG!!

“Oh Tuhan, aku tertembak diri aku sendiri,” jerit Vallandigham.

Kejadian itu meragut nyawa Vallandigham. Bagaimana pula dengan McGehan, tertuduh yang dibelanya itu?

McGehan dibebaskan daripada tuduhan. Dia bagaimanapun mati empat tahun kemudian akibat ditembak dalam satu perkelahian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This