Amyra Rosli dikecam tak sensitif biarkan anak hancurkan kek hari jadi, ini jawapan padu dari…

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Gara-gara memuat naik gambar anaknya, Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi yang sedang menghancurkan kek hari jadi di Instagram, pelakon Amyra Rosli teruk dikecam oleh netizen.

Dakwa netizen lagi, Amyra sengaja membazirkan makanan dan membiarkan anaknya merosakkan kek tersebut sedangkan ia boleh dimakan.

Malah, ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Amyra dan suaminya, Amar Baharin yang seakan tidak sensitif dengan keadaan semasa lebih-lebih lagi negara sedang berdepan dengan wabak Covid-19 dan ia memberi kesan ekonomi kepada rakyat.

Namun, Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli,30, tidak melatah mahupun membalas setiap komen-komen yang dilemparkan kepadanya di ruangan komen tersebut.

Enggan memanjangkan lagi keadaan tersebut, Amyra telah berkongsi perjelasan pembuat kek tersebut iaitu @madaboutcake_official di Instagram story.

PENJELASAN tentang kek hari jadi anak pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin

“Untuk pengetahuan semua, sebagai pembuat kek, kami turut berkolaborasi bersama jurugambar dan artis dalam sesuatu kempen atau projek.

“Antaranya menyediakan kek pameran tujuan ‘props’ dan kegunaan media. Dan antara salah satunya adakah kek Amyra.

“Kami yang sarankan kek pameran. Kek tersebut diperbuat daripada suku bahagian kek dan selebihnya ‘dummy’ dan krim,” katanya.

Malah menurutnya lagi, Amyra juga membantu mereka menjana pendapatan di saat pandemik Covid-19 dengan menempah kek serta mempromosikan perniagaan mereka tanpa meminta bayaran.

“Sepanjang kami mengenali Amyra, dia sangat menghormati orang malah menyokong kami sejak dari dulu. Malah dalam krisis pandemik, dia turut membantu kami dengan menempah kek. Malah membantu kami mempromosi secara percuma.

“Terima kasih atas kepercayaan diberikan buat kami dan menyokong peniaga-peniaga seperti kami semasa pandemik.

“Kami mohon maaf sekiranya ada di antara anda yang terasa. Terima kasih sekali lagi kerana terus menyokong kami sepanjang pandemik yang berlaku,” ujarnya.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

TONTON VIDEO PILIHAN:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This