JENAMA Amber melangkah setapak ke hadapan dalam dunia fesyen dengan pembukaan semula butik Amber di Wangsa Walk Mall yang kini tampil dengan wajah baharu, moden dan segar.

Majlis perasmian butik itu berlangsung meriah dengan kehadiran barisan duta iaitu Fattah Amin, Amira Othman dan Amyra Rosli yang turut memeriahkan suasana bersama peminat serta pelanggan setia sekali gus mengukuhkan kedudukan Amber sebagai jenama fesyen pilihan selebriti.

Butik Amber kini menampilkan rekaan dalaman yang lebih mewah, susun atur yang teratur, serta pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang mengutamakan gaya dan keselesaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn. Bhd, Datuk Adzliana Hasan berkata, pembukaan semula butik Amber adalah langkah penting dalam usaha memperkukuh kedudukan jenama itu.

“Pembukaan semula butik Amber di Wangsa Walk Mall ini adalah satu langkah penting dalam usaha kami memperkukuh kedudukan jenama ini di pasaran fesyen tempatan.
“Wajah baharu butik ini bukan sahaja mencerminkan identiti Amber yang elegan, malah melambangkan komitmen kami untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih premium.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan pelanggan setia dan berharap butik ini akan menjadi destinasi pilihan utama bagi penggemar fesyen,” katanya.
Acara pembukaan ini turut dimeriahkan dengan sesi ramah mesra bersama duta jenama, tawaran istimewa kepada pelanggan terawal, serta peluang untuk melihat lebih dekat koleksi terbaharu Amber.

Dengan slogan ‘Amber – Where Elegance Meets You’, butik ini menggabungkan konsep elegan dan moden untuk memberikan pengalaman yang mempersonakan setiap pelanggan.


Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

