Kronologi kes mahkamah libat pemimpin UMNO

Dari Penulis

SELEPAS kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), seorang demi seorang pemimpin UMNO dihadap ke mahkamah atas pelbagai dakwaan. Tiga daripada mereka sudahpun dijatuhkan hukuman.

Berikut kronologi kes-kes mahkamah melibatkan pemimpin parti yang pernah berkuasa selama 61 tahun itu.

  • DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK
  • Didapati bersalah pada 28 Julai 2020 atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
  • Dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
  • Hukuman ditangguh hingga rayuan didengar dan diputuskan.
  • Ikat jamin RM2 juta.
  • Perlu lapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 haribulan dan 15 haribulan.
  • Beliau juga sedang berhadapan dengan kes 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan.
  • DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
  • Didapati bersalah pada 21 Disember 2020 menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.
  • Dihukum penjara 12 bulan dan denda RM2 juta.
  • Hukuman ditangguh sehingga rayuan didengar dan diputuskan.
  • TAN SRI ISA SAMAD
  • Didapati bersalah pada 3 Februari 2021 atas sembilan tuduhan rasuah melibatkan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak tujuh tahun lalu.
  • Dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan didenda RM15.45 juta.
  • Hukuman tangguh sehingga rayuan didengar dan diputuskan
  • Ikat jamin RM1.5 juta
  • Perlu lapor diri di Balai Polis berdekatan setiap 1 haribulan
  • DATUK SERI DR.AHMAD ZAHID HAMIDI
  • Mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
  • Kes dalam perbicaraan.
  • Ikat jamin RM2 juta.
  • DATUK SERI BUNG MOKTAR RADIN
  • Mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah sejumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
  • Isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abd Samad pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara yang sama di tempat, tarikh dan masa yang sama.
  • Kes dalam perbicaraan
  • Ikat Jamin RM100,000
  • DATUK SERI ABDUL AZEEZ RAHIM
  • Mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta, sejak 2010.
  • Kes dalam perbicaraan
  • Ikat jamin RM800,000
  • DATUK SERI AHMAD MASLAN
  • Mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 Juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memberi pernyataan palsu.
  • Kes akan dibicara pada 5 Julai 2021.
  • Ikat jamin RM500,000
  • TAN SRI SHAHRIR SAMAD
  • Mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan tidak mengisytiharkan pendapatan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak.
  • Kes dalam perbicaraan
  • Ikat Jamin RM350,000

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This