Mulianya hati Pak Nil!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SEPERTI sedia maklum, kerajaan kini dalam proses untuk memberikan secara percuma vaksin Covid-19 kepada rakyat di negara ini.

Namun, difahamkan pemberian tersebut akan diberi secara berperingkat dan vaksin sehingga kini masih lagi berstatus menunggu dan dijangka akan diterima tidak lama lagi.

Bagi pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil, 58, sanggup mengeluarkan wang belanja sendiri untuk mendapatkan suntikan itu lebih awal memandangkan vaksin tersebut hanya akan diberikan secara berperingkat.

“Salam semua… katanya proses suntikan vakisn percuma adalah berperingkat-peringkat. Keutamaan akan diberikan kepada warga tua dan petugas barisan hadapan (frontliners) dahulu.

Yang lain harus mendaftar online dan tunggu giliran. Mungkin lima hingga 10 bulan akan datang. Namun begitu, mungkin ada juga peluang untuk dapatkan vaksin dengan cepat dan tidak perlu tunggu giliran dengan sedikit bayaran. Paknil ingat nak ambil yang berbayar,” katanya di Instagram.

Malah, Paknil turut mempelawa dan mahu menaja kepada sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan vaksin tersebut.

“Ada sesiapa nak sertai Paknil? Paknil nak taja lah tapi taklah ramai sebab harga pun tak tahu lagi,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia akan menerima secara pukal 14 juta dos CoronVac, vaksin Covid-19 daripada pembekal Sinovac Lifesciences Co. Ltd. bermula Mac depan.

Pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksin tersebut juga akan dibuka tidak lama lagi dengan pelaksanaan sebanyak tiga fasa.

PAKNIL mahu taja vaksin Covid-19

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

TONTON VIDEO PILIHAN:


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This