Padah langgar peraturan Covid-19, lelaki hilang status PR Singapura

Dari Penulis

SINGAPURA – Gara-gara melanggar peraturan Covid-19 sehingga dipenjarakan, seorang lelaki pemegang status penduduk tetap republik ini kehilangan keistimewaan yang dimilikinya ketika ini.

Perkara itu didedahkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA), hari ini.

Meskipun doktor kepada lelaki berusia 47 tahun itu  memberitahunya supaya duduk di rumah kerana dia sakit, Chong Tet Choe tetap keluar dari rumah sebanyak empat kali untuk membeli makanan dan menambah nilai kredit pada telefon bimbitnya.

Dia kemudian dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu pada Ogos kerana melanggar peraturan Covid-19 yang menuntutnya kekal berada di rumah.

“Status penduduk tetap Singapura seseorang yang disabit kesalahan akan diteliti semula oleh ICA.

“Dalam kes Chong Tet Choe, ICA sudah menarik balik status PRnya pada 4 Feb 2021,” menurut ICA dalam kenyataan itu.

Lelaki itu mengaku bersalah tahun lalu atas tiga tuduhan di bawah Akta Penyakit Berjangkit kerana mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan, ketika terdapat kemungkinan dia merupakan kes Covid-19.

Mereka yang gagal mematuhi notis jangan keluar rumah boleh didakwa di bawah Peraturan Penyakit Berjangkit (Covid-19 – Perintah Jangan Keluar Rumah) 2020. 

Kesalahan tersebut membawa hukuman denda sehingga S$10,000 (RM30,440) atau penjara sehingga enam bulan.

Menurut ICA, warga asing mungkin menghadapi “tindakan pentadbiran lanjut” oleh ICA atau Kementerian Tenaga Manusia, seperti menarik balik, atau menyingkatkan tempoh permit dan pas untuk kekal serta bekerja di Singapura. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MARA bangunkan modul tangani buli mental di MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan bekerjasama dengan pakar psikologi Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membangunkan modul khusus untuk menangani...

More Articles Like This