Baru-baru ini tular kembali komen seorang suami yang mendidik si isteri agar berdikari dalam semua perkara yang dilakukan walaupun sedang sarat hamil sembilan bulan.
“Jangan ajar bini tu manja sangat semua benda nak layan ikutkan hati dia nak suami sebelah 24 jam, Biar dia berdikari sendiri,” kata-katanya seperti yang dipetik.

Namun menurut perunding kewangan, Akhtar Syamir, adakah melayan isteri atau membantu meringankan beban isteri yang sedang hamil dianggap sesuatu yang membebankan?
Tegasnya, suami harus melakukannya atas dasar tanggungjawab, bukan melihat daripada aspek negatif. Ikuti perkongsian yang cukup menarik ini.
“Masih ramaikah suami seperti ini?
“Adakah melayan isteri, meneman isteri, membantu meringankan beban isteri yang sedang mengandung sebagai satu benda yang negatif?
“Kita buat semua tu atas dasar tanggungjawab. Bukan sebab isteri mengada-ngada, saje nak bermanja atau tidak berdikari.
“Saya tak bersetuju dengan cara ni. Biarlah ape orang nak kata. Saya akan layan isteri saya sebaik mungkin. Temani dia ke mana saja yang mampu. Buat apa saja untuk dia selagi daya. Kerana apa yang dia dah buat untuk saya dan keluarga tiada bandingannya.
“Bukan isteri tu mengada, tapi kefahaman kita tentang apa yang mereka alami. Jika boleh kurangkan beban mereka ape salahnya kan? Bukan orang lain, isteri kita jugak.
“Tak dinafikan, ada isteri yang memang suka dan mampu pergi sendiri. Tapi itu tak bermakna orang lain pun sama. Jadi tak boleh terus labelkan isteri tu mengada-ngada atau tidak berdikari.
“Ada juga yang kalau meneman tu serupa tak teman, asyik dengan handphone dan tak tolong jaga anak. Last-last isteri yang rasa baik tak payah teman. Bila macam ni, jangan la suami rasa seronok sebab isteri suka berdikari. Sebenarnya isteri dah menyampah.
“Apa pendapat korang?Ini adalah komen dari post saya di : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156378389285490&id=633435489 Jemput follow saya
Akhtar Syamir dan isteri Nora Azni. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan, emas dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
http://t.me/broohsemfans
Kalau korang sayangkan pasangan dan anak-anak, buatlah hibah. Hubungi saya, saya pasti korang akan faham.https://hibahohsem.wasap.myBroOhsem,” kongsinya.
Melihat kepada ruang komen, rata-rata warganet bersetuju dan menyatakan suami isteri seharusnya berganding bahu dan saling meringankan beban.




Sumber : Akhtar Syamir

