Wah! Betul ke Jue Aziz dah berniqab?

Dari Penulis

SEMALAM kecoh apabila sebuah video yang dimuat naik di laman sosial Twitter, dikatakan mirip pelakon Jue Aziz yang kini sudah berniqab.

Namun, apa yang menjadi perhatian, netizen mempersoalkan etika pemakaian wanita itu yang dikatakan masih tidak sempurna kerana memperlihatkan aurat kakinya dalam video berdurasi 44 saat itu.

Malah, ada yang turut melontarkan perbandingan jika individu yang berpakaian serba hitam itu sebenarnya bukanlah aktres Jue seperti yang didakwa dalam hantaran tersebut.

Teruk dikecam kerana sengaja mencari publisiti murahan dan enggan mengeruhkan keadaan, wanita tersebut yang dikenali sebagai Nur Nazirah Aleeya tampil menafikan semua dakwaan berkenaan.

“Saya bukanlah pelakon Jue Aziz, sebaliknya adalah pengasas Diamond Gold Beauty. Untuk pengetahuan, video saya yang tular semalam adalah video gurauan antara saya sebagai majikan dengan pekerja.

“Jujur cakap, saya tiada pertalian darah langsung dengan Jue. Cuma, saya biasa terima usikan daripada pekerja dan kebanyakkan orang yang bertemu dengan saya, mereka kata wajah dan suara saya ada iras pelakon tersebut.

“Dialog dalam video itu spontan sahaja, sebab dah biasa kena paksa berlakon dengan pekerja. Kita pun kadang stress kerja, jadi layankan sahajalah.

“Dengan pekerja ada masa perlu serius dan tegas sebagai majikan, ada masa pula kita layan mereka seperti sahabat,” katanya.

Tambah Nur Nazirah lagi, dia terkejut apabila video tersebut tular dan tidak menyangka ramai yang memberi pelbagai komen serta ada juga yang melemparkan kecaman.

Namun, sebagai manusia biasa, dia optimis dan turut memohon maaf kepada pelakon berusia 37 tahun itu kerana terpalit sama dalam insiden tersebut.

Jelasnya lagi, dia menganggap apa berlaku itu sebagai dugaan dalam membina jenamanya sendiri dan akan tetap berfikiran positif demi masa hadapan.

Wajah Nur Nazirah yang dikatakan mirip dengan Jue Aziz

“Bangun pagi tadi saya tengok banyak panggilan telefon daripada keluarga dan kawan-kawan. Saya terus telefon pembantu peribadi, Sarah, sebab ingat ada hal kecemasan. Dia maklumkan video gurauan kami viral dan nasihatkan saya jangan baca komen.

“Senyap-senyap saya siasat, masya-Allah menggigil satu badan dibuatnya rasa nak pitam! Paling sedih sekali bahagian tak pakai stokin walhal berniqab! Saya pakai stokin yang berwarna seakan sama dengan kulit.

“Ada yang cakap saya berangan dan ada juga suruh saya cermin muka sebab cakap muka sama macam Jue. Saya sendiri tak pernah ‘claim’ wajah saya macam dia,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This