SEBELUM ini tular mengenai seorang usahawan wanita yang dikenali sebagai Nur Qaseh Aleeya yang juga pengasas produk kecantikan disalah sangka sebagai pelakon Jue Aziz.

Kejadian itu turut sampai ke pengetahuan pelakon berusia 37 tahun dan dia bagaimanapun bersikap optimis dengan apa yang berlaku asalkan ia tidak keterlaluan.

Menurut Jue atau Zuliana Abdul Aziz, dia tidak memandang perkara itu sebagai satu hal yang berat dan beranggapan wanita itu sekadar ingin bergurau.

“Saya tak marah pun. Saya maafkan wanita itu yang cuba nak menyamar sebagai diri saya. Pekerja dia nak bergurau dan anggap dia macam Jue Aziz sahaja.

“Tak mengapa kalau ada sesiapa yang minat dengan saya ke, cuba tiru gaya saya, dialu-alukan.

“Pekerja dia anggap wanita itu seperti saya, tapi kalau dari suara saya tak rasa ia sama walaupun dihujungnya ada serak-serka basah seperti suara saya,” katanya menerusi Instagram Live.

Dedah Jue lagi, dia tidak kisah jika perkara tersebut membawa ke arah kebaikan dan tidak mencalarkan namanya.

“Jangan kecam dia dan kasihanlah dia. Ia tak mendatangkan keaiban pada saya. Saya okey sahaja asalkan tidak ada yang menyamar buat benda tak baik.

“Jelas kat sini, terima kasih kepada wanita itu dan pekerjanya juga sebab cuba berlakon menjadi seperti diri saya dalam keadaan yang terjaga,” tuturnya.

Artikel berkaitan : Wah! Betul ke Jue Aziz dah berniqab?

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi