Farid Kamil hormati gelaran Datuk dibatalkan

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Aktor dan pengarah, Farid Kamil menghormati keputusan pihak Istana Pahang yang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Menurut Farid yang juga suami kepada aktres Diana Danielle, dia turut berasa bangga apabla terpilih untuk menerima penganugerahan itu pada 2017.

“Sejal 16 Disember 2017, saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Datuk yang dikurniakan oleh Istana Pahang.

“Saya menjunjung kasih atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika ini.

“Hari ini, saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada saya,” katanya menerusi kemas kini di Instagram.

Sementara itu, Farid atau Farid Kamil Zahari,39, turut berkongsi mengenai perkembangan terkininya yang bakal keluar dengan filem terbaharu.

“Saya kini dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 yang akan menemui penonton dalam tahun ini juga,” jelasnya.

Farid Kamil menghormati keputusan yang dikeluarkan oleh Istana Pahang

Farid bagaimanapun memilih untuk menutup ruangan komen di hantaran yang dimuat naik.

Hari ini, kerajaan negeri Pahang mengumumkan gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Farid dan Boy Iman ditarik balik dan dibatalkan.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak memberitahu tarikh surat penarikan balik DIMP berkuat kuasa pada 1 Februari lalu.

Penarikan darjah kebesaran itu sebagai menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Artikel berkaitan : Pahang tarik balik gelaran Datuk Farid Kamil dan Boy Iman

Farid bersama isteri dan anak-anaknya

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This