Syarikat penerbangan AS beli teksi elektrik bawa penumpang ke lapangan terbang

Dari Penulis


NEW YORK – Syarikat penerbangan United Airlines merancang untuk membeli sebanyak 200 teksi elektrik terbang yang diharapkannya dapat membawa penumpang ke lapangan terbang dalam tempoh lima tahun lagi.

BBC melaporkan, syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) itu merupakan satu daripada pemain industri utama yang komited terhadap pembelian teksi terbang.

United Airlines juga  akan melabur dalam firma teksi terbang, Archer sebagai sebahagian perjanjian bernilai AS$1.1 bilion (RM4.45 bilion) untuk membangunkan pesawat itu.

Pesawat itu memerlukan kelulusan peraturan sebelum pembelian boleh dibenarkan.

United Airlines akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan tempatan, Mesa Airlines untuk membeli teksi elektrik Archer yang berlepas dan mendarat secara vertikal sebagai sebahagian daripada tempahan AS$1.1 bilion (RM4.45 bilion) itu.

Perjanjian itu dilihat sebagai kelulusan kepada syarikat permulaan, Archer yang dilapor bakal menerbitkan sahamnya di pasaran bursa AS berikutan perjanjian itu.

Pelabur lain dalam syarikat permulaan adalah pengeluar kereta, Stellantis yang baru ditubuhkan bulan lalu oleh penggabungan antara Fiat Chrysler dan PSA Group dari Perancis.

United dan Mesa Airlines berkata, mereka meramalkan penggunaan teksi terbang untuk membawa penumpang berikutan kesesakan lebuhraya ke hab lapangan terbang.

Archer yang berpangkalan di California berkata, teksi itu mampu terbang sejauh 95 kilometer pada kelajuan 240 kilometer sejam (km/h).

Ia juga mengurangkan pelepasan karbon dioksida bagi penumpang yang ingin ke lapangan terbang.

“Dengan teknologi yang betul, kita boleh mengelak kesan pesawat ke atas planet. Namun kita perlu mengenalpasti syarikat generasi berikutnya yang akan menjadikannya realiti  lebih awal dan mencari cara membantu mereka bangkit,” kata Ketua Eksekutif United Airlines, Scott Kirby dalam satu kenyataan.

United dan Mesa Airlines mempunyai pilihan untuk membeli lagi AS$500 juta (RM2 bilion) nilai pesawat di bawah perjanjian itu.

Sebuah lagi firma teksi, Volocopter merancang menawarkan perkhidmatan menjelajah bandar AS dengan menggunakan teksi udara elektrik VoloCity.

Uber bagaimanapun telah menjual unit teksi terbang miliknya, Elevate, Disember lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pembatalan kontrak peluru berpandu Norway: Kerajaan kemuka tuntutan RM1.06 bilion

KERAJAAN telah mengemukakan Notice of Demand (NOD) kepada firma Konsberg Defence & Aerospace AS (KDA) melibatkan tuntutan berjumlah 226.13...

More Articles Like This