Kejam! Selepas bunuh, pekebun sayur rogol mayat mangsa

Dari Penulis

Seorang wanita bukan sahaja dibunuh dengan kejam malah diperkosa biarpun sudah menjadi mayat.

Portal Suara.com melaporkan, perbuatan biadab dan kejam itu dilakukan seorang pekebun sayur selepas polis menjalankan siastaan berikutan penemuan mayat di dalam sebuah parit di Cikande, daerah Serang, Banten.

Menurut jurucakap polis, segalanya bermula apabila suspek yang berusia 25 tahun membeli tuak dan minum bersama-sama enam kawannya.

Akibat minuman itu, suspek berasa birahi dan ternampak seorang perempuan melalui kawasan berkenaan dengan menunggang motosikal.

‘’Suspek kemudian menghadang mangsa dan mencekiknya sebanyak lima kali untuk memastikan mangsa mati, sebelum memperkosa mayat itu, ‘’ kata jurucakap tersebut.

  • Guru rakam video ketika perkosa pelajar

Di Bekaci, seorang guru bukan sahaja memperkosa anak muridnya malah merakam perbuatan keji itu.

Guru berusia 26 tahun tersebut kemudiannya menyebarkan klip video itu kepada guru-guru, keluarga dan kawan-kawannya.

Menurut polis, pelajar itu diperkosa sebanyak 10 kali mulai Mac 2019 hinggga Oktober lalu.

‘’Guru yang masih bujang itu memperdaya mangsa untuk mengikut ke rumah untuk makan dan minum ais krim. Ketika melakukan perbuatan keji itu, dia merakam video yang kemudiannya tersebar dalam media sosial sehingga keluarga mangsa membuat laporan,’’ kata jurucakap polis. .


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This